Thursday, April 04, 2013

TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI

TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI ~ Tanyalah Ustazah
Panel Ustazah Harlina Siraj


PERANAN BAPA :
1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih di bawah umur 5 tahun.
2. Bawa anak bersiar-siar dan spend waktu bersamanya.
3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal.
4. Anak lelaki akan anggap bapanya sebagai 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan diikuti oleh anak.
    Contoh : jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.
5. Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.

PERANAN IBU :
1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu.
2. Ajar anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.
3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.

Moga dapat beri sedikit sebanyak panduan untuk ibu bapa di luar sana.