Wednesday, August 28, 2013

Majlis Hari Raya

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Alhamdulillah, semalam ada jamuan raya anjuran syarikat tempat aku kerja ni. Tapi lokasi kat Damansara Utama. Mulanya ingat jem teruk, tapi Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan. Bersyukur sangat. Traffic jam skit-skit tu memang la ada. Tipula kalau kata takde langsung kan?.


Disebabkan kami sampai awal, tengokla, yang ada cuma commitee je yang sibuk nak siapkan tempat dan meja. hehehe. Selalu memang kami and the geng yang paling lambat skali. Kadang-kadang orang tengah kemas baru sampai. Almaklumla, kami di site yang berlokasi kat Kuala Lumpur. Dan almaklumla, Kuala Lumpur kalau hari bekerja tu macamana. Tapi dah lali. Bersabar saja la.


Sebelum jamuan mula, kami dihidangkan setiap meja kuih raya. Disebabkan sampai awal, tengokla piring tu, licin terus. Maklumla, lama sangat tunggu, makanan dah ready dan berbau, duduk pulak dekat dengan makanan, apa lagi, perut pon mintak diisi. hehehe

Macam biasa, tunggu bos-bos sampai dan macam biasa untuk mana-mana majlis, kena tunggu bos berucap semua dulu baru makan. Kalau tak, ada yang bos cakap sorang-sorang pasal makan dulu. heheheh

Alhamdulillah, meriah jugak makanan malam tu. Macam-macam kami makan. 


Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas rezeki yang engkau berikan.

Wallahua'lam