Monday, August 26, 2013

Tips Ibu Bapa Genius

Alhamdulillah
Assalamualaikum

Ada info yang aku nak share yang aku dapat dari mukabuku. Semoga bermanfaat pada semua yer. 
Kalau rasa nak share, dipersilakan.


..:: TIPS IBU BAPA GENIUS ::..

1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2. Jangan gunakan tangan / anggota tubuh kita untuk memukul anak. Jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita kerana anak boleh menjadi bertambah degil dan nakal serta tidak boleh control.

3. Rotan / pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifik, ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang bahagian otak anak.

4. Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik menyebabkan anak malu dan berasa rendah diri.

5. Berikan anak pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekutan IQ yang lebih kuar daripada anak yang jarang dipeluk.

6. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak lebih yakin berhadapan dengan persekitaran.

7. Berikan peneguhan setiap kali anak berbuat kebaikan samada pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

8. Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan kerana mereka hanyalah kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk berbuat silap.

9. Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga kerana anak-anak terus membesar, masa akan terus berlalu dan tidak akan kembali lagi.

10. Di dalam membesar dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh kerana keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. Dengarlah cerita anak kerana cerita itu tidak akan dapat didengari pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak tentang giliran untuk bercakap.

12. Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.

13. Tunjukkan kepada anak cara menenangkan diri kerana mereka akan menirunya.

14. Buatkan sedikit persediaan menyambut harijadi anak-anak. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

15. Kemungkinan anak menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16. Luangkanlah masa bersama anak di luar rumah. Peganglah tangan anak-anak apabila berjalan. Mereka akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda.

17. Dengarlah mimpi ngeri anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18. Hargailah permainan kesayangan anak-anak. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barangan kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintaklah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. Jangan membiarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam.

20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga

22. Anak menangis untuk melepaskan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun, dengarilah mereka dua puluh tahun dari sekarang kerana anda pula yang akan menangis apabila ruma mula terasa sunyi. Anak-anak anda akan mula sibuk mendengan tangisan anak mereka sendiri.

Sabda Rasulullah S.A.W :

" Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronoklah dengan mereka bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka, geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuk hingg 14 tahun, kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"

Wallahua'lam