Alamak!!
Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum
Semalam aku dah keluar dari rumah nak pergi kerja, tiba-tiba teringat ada tertinggal barang. Selalu tertinggal barang kalau tak penting sangat, detik hati aku just kata takpela, esok-esok boleh bawak. Tapi semalam detik hati kata patah balik, ambil barang tu dan rasa cam berat je nak pergi kerja. Elok je patah balik dan ambil barang tu, belum lagi keluar rumah, dah dengar suara yang budak kecik. Eh, Amir ni.
Terus aku meluru tengok Amir. Amir dah ada di pangkuan nenek dia menangis sambil semua orang termasuk atok dan ucu tengok kaki dia. Rupanya dia terpijak lebah. Ya Allah, rasa nak tercabut jantung bila dapat tahu dia terpijak lebah. Aku nampak lebah tu dan Alhamdulillah, tak terlintas langsung nak apa-apakan lebah tu. Dah tertulis nak kena, elak macamana pon mesti kena jugak kan?
Disebabkan atok dan nenek Amir rabun dekat manakala Ucu tengah bersiap nak pergi sekolah, aku la yang belek kaki dia dan cabut bisa lebah tu. Sekilas aku tengok lebah tu bukan yang hitam kuning tu, kaler ala-ala hitam gitu. Kata atok Amir, yang ni lebah bunga, kurang sikit bahaya nya tapi tetap kena waspada. Yang warna hitam kuning tu lebah madu, yang tu bahaya sebab boleh attack jantung. Sebab aku pernah kena 6 das masa mula-mula khawin dulu sampai kena marah dengan doktor sebab lambat jumpa doktor. Huhu
Tak tergerak pon dalam hati nak amik gambar lebah tu sebab memikirkan Amir segalanya masa tu dengan harapan dia dalam keadaan baik-baik sahaja. Amir memang kalau menangis berjujuran air mata lebih-lebih lagi ni kan sakit. On the spot, aku terus SMS kawan sekerja yang aku terpaksa EL sebab Amir terpijak lebah. Mintak maaf ye, keluarga lebih utama dari urusan kerja. Kesian pulak pada nenek Amir nak jaga Amir in case Amir demam dan kaki bengkak, susah nak jalan. Tau jela ragam budak kecik, apa-apa nangis je nanti. Tak pasal-pasal stress lak nenek Amir.
Aku pon dari malam semalam tak berapa sihat, kena hujan masa pergi kerja. Malamnya dah start selsema. Semalam dah full package, selsema + sakit tekak + batuk. Demam je belum lagi. Alang-alang aku amik ubat aku sekali.
Alhamdulillah, dah bawak Amir pergi klinik dan doktor ada bekalkan ubat alahan dan gatal untuk Amir. Dia pon tak demam cuma tapak kaki bengkak sikit. Nampak dia jalan macam terencut-encut sikit. Alhamdulillah sangat-sangat. Syukur padaMu Ya Allah. Ni dia tengah tidur, lena betul sebab paginya pukul 5.30 pagi dah bangun. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Insya Allah. aamiin
Wallahua'lam