Alhamdulillah
Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum
Jumaat lepas dapat Whatsapp dari seorang sahabat yang prihatin dan up to date inform pada mama yang seorang sahabat kami masa belajar dulu masuk dalam suratkhabar harian metro. Rasa teruja dan bangga dengan sahabat ni. Tapi ada terdetik rasa pelik juga atas sebab apa ye sebab setahu kami dia takde kat Malaysia sekarang ni, ada kat Oman ikut suami dia. BFF dia pon bagitau yang dia ada balik sini beraya dalam lebih kurang sebulan macam tu. Padan lar.
Dia ada dalam akhbar Harian Metro, bawah tajuk artikel, 'Suri Rumah Bukan Calang-Calang Kerjaya' :
"Bagi Nur Marni Ahmad, 31, selepas 10 tahun bekerja, Mei lalu dia berhenti kerja sebagai jurusonografi kerana dua sebab - mengikut suami yang ditugaskan di Oman dan pada masa yang sama, dia berasa sudah sampai waktunya untuk menjaga serta mendidik anak kesayangannya, Fatiha Husna Mohd Fakhzan, 2."
Alhamdulillah, berbangga dan bersyukur dengan tindakan dan kehidupan sahabat aku ni. Aku dulu masa belajar pernah sebilik dengan dia masa tahun akhir. Mustahil aku tak cemburu dengan dia sebab tindakan dia berhenti kerja dan menjaga anak sendiri tapi aku punya alasan sendiri kenapa aku kena kerja lagi. Semoga aku dimurahkan rezeki untuk mengambil tindakan yang sama seperti sahabat aku ini. Insya Allah, aamiin. Kawan-kawan doakan sekali yer.
Wallahua'lam