Trip to Mersing, Johor - Part 1
Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum
Alhamdulillah, mama sekeluarga akan pulang ke kampung belah mama di Johor sepena cuti Hari Malaysia yang jatuh pada hari Isnin. Jadi, dapatlah 3 hari kat kampung.
Destinasi kami dah tentu rumah makcik kat Mersing. Sebenarnya tak lah kampung sebab makcik duduk rumah teres tapi Alhamdulillah, Mersing masih dalam suasana kekampungan nelayan, masih jauh dari pembangunan yang pesat.
Mersing adalah tempat abah mama dibesarkan. Jadi, bila balik Mersing, abah akan petah bercerita kisah dari dia kecil2 dulu dengan adik-beradik yang ramai (Alhamdulillah, adik beradik abah ada 8 orang semuanya) dan kawan-kawan dia, walaupun dia dah bercerita sebelum ni, tapi kami layan jela.
Insya Allah, perjalanan kalau takde aral melintang dimulakan seawal 7.00pagi. Apa aktiviti kami nanti, mama akan update bila balik sini. Semoga perjalanan kami dipermudahkan dan diberkati Allah. Insya Allah, aamiin.