Thursday, September 19, 2013

Trip to Mersing, Johor - Part 2

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Cuti 3 hari je tapi rasa macam lama je. Sebabnya balik kampung jauh. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan oleh Allah. Bersyukur sangat. Mana taknya, yang pergi kenderaannya dah lebih 10 tahun tapi Alhamdulillah, segalanya Allah permudahkan. Perjalanan macam yang mama dah ceritakan sebelum ni, dimulakan seawal 7 pagi. Kami melalui LEKAS highway straight terus ke last exit, iaitu dekat dengan Senawang.

Ikhsan dari Cik Google Maps. Terima kasih ^_^

Ni route map yang mama download dari Goole Maps. Jauh kan? Extimated time katanya 4++jam tapi tu dikira tak termasuk jalan traffic jam disebabkan lori dan traffic light kot. Kalau +-, lebih kurang 5-6jam jugak sebenarnya. Kami mesti melintasi 2 negeri iaitu Negeri Sembilan dan Negeri Pahang. 
Sebenarnya ada 3 jalan, tapi kami pilih jalan yang ni pergi dan balik sebab takde plaza tol melainkan lebuhraya LEKAS je. Hehe

Dalam perjalanan, kami rehat sebentar kat Kuala Pilah, sarapan dulu. Penat tu kalau straight je. Kita rehat sat lagipon gerak pukul 7 tadi tak sarapan pon, sekadar minum pagi je. Lapar tu. Huhu

Perjalanan kali ni kurang sikit kabus tak macam yang kami balik masa raya cina haritu, rasa macam kat Cameron Highland gitu. Putih je memanjang. Tapi bahaya gak, yela tak nampak jalan depan, takut tau2 je terus selekoh. Kan bahaya tu.

Dalam area Negeri Sembilan, suasana kekampungan ketara sangat. Laluan pon bengkang-bengkok. Tapi best sebab rasa damai je. Lepas tu, dah masok negeri Pahang, kawasan Felda dan perkampungan orang asli. 

Sebelum sampai ke Mersing, kami singgah di Endau dulu ziarah kubur arwah atok dan nenek belah abah. Alhamdulillah, setiap kali balik mesti kami singgah sebab kami jarang sangat balik Johor terutama bila kedua-dua atok dan nenek belah mak dan abah dah takde. Yang ada adik beradik jela.

Pastu singgah dulu dekat Felda Endau ziarah 3 rumah : nenek saudara, kakak abah dan sepupu sambil memetik buah rambutan. Amboi, sakan papa dan atok petik buah rambutan guna galah. Lagi2 kat rumah sepupu ada rambutan gading, memang favourite papa tu. Tak malu betul. Hihi
inila nenek saudara mama. Alhamdulillah, sihat lagi

Akhirnya, sampai juga kami kat Taman Intan, Mersing dalam pukul 3.00 petang. Alhamdulillah, syukur padaMu jua. Lebih kurang 6 jam jugak perjalanan bercampur dengan singgah menyinggah. Hehe. Malamnya, kami tak kemana, cuma berehat dan bersembang-sembang je.
Nanti ada masa mama cerita yang part 3 lak ye, maksudnya aktiviti keesokkan harinya.

Wallahua'lam