Friday, October 11, 2013

Ke Ipoh

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Alhamdulillah, harini mama dah kat kampung hubby, Bagan Datoh, Perak. Malam tadi gerak dalam kol 7.30 lepas maghrib sebab semalam hubby kerja. Singgah klang dulu rumah kakak ipar, dalam kol 10.30 kami sambung perjalanan dan sampai ke kampung dalam kol 12.30 tengah malam.

Cadangnya nak ke Ipoh, ada majlis kenduri khawin saudara hubby. Insya Allah pergi ramai-ramai dengan ipar-ipar mama. Tak tau la tu berapa kereta. 

Doakan semoga perjalanan kami diredhai dan dipermudahkan Allah. Insya Allah. Aamiin

Wallahua'lam.