Sunday, October 06, 2013

Ranking Alexa

Bismillahir Rahmannir Rahim
Alhamdulillah
Assalamualaikum

Dah agak lama kan mama tak update blog dan tak BW sahabat-sahabat semua. Mama bukan nak menyalahkan kekangan masa dan sebagainya, sesungguhnya mama sibuk mengemas dalam 2-3 hari ni. Mengemas rumah dan mengemas opis sebab tak lama lagi mama nak kena pindah balik HQ. Apa-apa nanti mama cerita balik yer.

Pagi ni mama barulah berkesempatan selepas menyudahkan semua tugasan termasuklah menidurkan anak bujang yang baru sorang ni. Kalau dia tak tidur, takdenye mama senang camni. Ada je dia ajak buat sama-sama. Mama faham sebab dia takde kawan, jadi kita la sekarang ni kawan dia.

Mama tertarik dengan entry dari Kak +Mia Liana berkaitan kak +Farah Waheda Wahid yang bertajuk Prestasi Terkini Protege Kedua. Prestasi ni berkaitan dengan ranking kat Alexa yang boleh kita periksa kat SINI. Mama dah check mama punya, berjuta-juta lemon lagi nak kejar mereka. Yang paling mama kagum, mereka tak sombong untuk ziarah blogger-blogger junior yang baru berjinak macam mama ni. Buktinya, banyak jugak entry mama yang mereka berdua komen. Kadang terasa segan jugak blogger otai komen entry kita. Hehehe

Apa-apa pon, mama menyokong semua tindakan baik sahabat-sahabat maya mama. Silalah menegur mama yer mana-mana kekurangan mama yang patut dan boleh mama perbaiki. Insya Allah, mama berusaha bersikap terbuka untuk segala teguran sebab mama pun bukannya sempurna dan masih banyak yang perlu mama perbaiki dan belajar.

Have a nice weekend everyone.
Wallahua'lam