Selamat berhujung minggu
Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Alhamdulillah, dah hujung minggu ye. Kejap je rasa.
Hujung minggu ni mama tak kemana-mana. Sebab sepupu mama, anak Mak Ngah akan konvo hari Isnin depan di PICC Putrajaya. Jadinya, makcik mama, Mak Ngah dan sepupu-sepapat mama, anak-anak Mak Ngah akan berkampung kat rumah mama. Nak kata dekat tak la jugak.
Hujung minggu ni mama akan sibuk dengan Amir dan saudara-mara yang datang. Insya Allah, berkesempatan kami akan ziarah rumah Mak Long di Kota Damansara dan ziarah kubur Pak Long di sana juga.
Selamat berhujung minggu semua.
Wallahua'lam.