Menikmati musibah
Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Jarang sekali kita diajak untuk menikmati musibah yang menimpa. Namun, tanpa kita sedari, musibah juga boleh kita turut nikmati dengan cara bersyukur terhadap perhatian dan peringatan yang Allah berikan kepada kita. Macamana tu?
Contohnya, dengan keadaan cuaca dan persekitaran kita sekarang ni, bersyukur tak kita dengan anugerah hujan yang Allah berikan? Boleh dikatakan setiap hari mesti hujan pada petang hari. Kadang-kadang terdetik di hati, "alamak, hujan lagi". Sedar tak sedar kita seakan tidak menggemari hujan. Tapi bagaimana pula bila tiba musim kemarau panjang? Pada masa itulah, hujan amatlah dihargai.
Begitulah halnya dengan musibah. Musibah yang Allah turunkan bersesuaian dengan kemampuan hambaNya. Tanda Allah sayang dan ingat pada hambaNya serta mahukan kebaikan kepada hambaNya.
Suhaib bin Sinan radhiallahu 'anh meriwayatkan bahawa Rasulullah shallalahu 'alaihi wasallam bersabda :
Betapa ajaibnya seorang Mu'min (orang yang beriman)! Kebaikan itu sentiasa bersamanya, tetapi ianya tidak berlaku pada orang lain kecuali kepada seorang Mu'min.. apabila ia mendapat kebaikan, ia bersyukur kepada Allah dan memperoleh ganjaran.. dan apabila ia ditimpa musibah, ia menahannya dengan penuh sabar lalu ia (juga) akan memperoleh ganjaran..
Bersyukurlah dengan musibah yang menimpa kerana ada insan lain yang lebih berat musibah yang melanda mereka namun janganlah berbangga diri dengan musibah kita tetapi berdoalah agar mereka yang ditimpa musibah yang lebih berat daripada kita agar dipermudahkan serta diberi keringanan kerana kasih dan sayangnya kita sesama manusia.
Sumber : Rancangan Raudhah, Radio Nasional FM,
http://dupahang.wordpress.com/2008/09/16/sakit-sebagai-kaffarah-dosa/
Wallahu'alam