Tuesday, March 11, 2014

Bahaya...Bahaya...

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Pagi tadi, pejabat mama dikejutkan dengan power trip kat pejabat mama ni.
Mulanya bau hangit, masing-masing dah perhati komputer masing-masing ingatkan berpunca dari komputer.
Kakak cleaner masuk pantry nak buat air sebab bos request.
Dia pon compain cakap ada bau hangit.
Kami dah syak dari pantry cuma tak tau dari peralatan apa.
Lagipun tak berani nak usik-usik dah, takut tau-tau kene electric shock pulak nanti.
Tiba-tiba, masa mama tengah menoleh tengok ke pantry, nampak cahaya macam percikan api.
Sejurus selepas itu, terus power trip dan bau hangit makin kuat.
Cepat-cepat panggil wireman sebab masing-masing tak berani nak usik.
Macam-macam andaian dan teori pasal bau hangit dan power trip.
Bila wireman periksa, rupanya daripada plug cerek.

Pengajaran lepas ni kena lebih berhati-hati menggunakan peralatan elektrik.
Kalau cerek dan benda-benda pemanasan ni, kene ada plug dia sendiri, jangan kongsi-kongsi.
 - PESANAN PIHAK PENAJA-
Wallahuaklam