Tuesday, April 22, 2014

Senyum

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah
Sumber : Google

Rasanya senyum adalah benda yang paling mudah sekali.
Sampaikan dijadikan lagu :

"Senyum...tak perlu kata apa-apa..."

"Senyum seindah suria...yang membawa cahaya..."

Tapi kenapa ada sesetengah daripada kita susah nak senyum?
Adakalanya, tanpa perlu berkata apa-apa, dengan senyuman sahaja, kita sudah mesra dengan sesiapa sahaja dan adakalanya juga, dengan senyuman, kita dapat memberikan kelegaan dan ketenangan kepada individu lain.
Namun, kita tidak boleh memaksa sesiapa untuk senyum kembali kepada kita. Cuma apa yang boleh, kita ikhlaskanlah senyuman kita kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, status, keturunan mahupun bangsa. Dengan rasa ikhlas sewaktu memberikan senyuman, kita tidak mengambil kira samada mereka akan membalas balik senyuman kita atau tidak.
Janganlah kita meletakkan hukum kepada mereka dengan mengatakan mereka sombong dan sebagainya. Mungkin sewaktu kita memberikan senyuman tersebut, mereka tidak mengjangkakan senyuman tersebut kepada mereka dan mungkin juga mereka sedang memikirkan sesuatu yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan keadaan sekeliling.
Bersyukurlah kerana kita mampu tersenyum tatkala ujian melanda dan berpeganglah pada : setiap orang lain caranya.
Wallahuaklam