Monday, May 19, 2014

Jalan-jalan Malaysia - Taiping, Bandar Warisan (Part 1)

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah



Seperti yang dijanjikan pada entry mama bertajuk Selamat Hari Buruh awal bulan haritu, mama ada cerita yang mama nak bercuti-cuti Malaysia. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami sekeluarga ke Taiping awal bulan haritu, dipermudahkan oleh Allah. Memang ada juga beberapa kesulitan tapi Alhamdulillah, dapat juga kami atasi dengan jayanya.

Kenapa mama pilih Taiping?

Agak susah juga nak jawab tapi sebetulnya, mama memang suka explore tempat orang dan nak tau tempat orang. Alhamdulillah, bernikah dengan papa yang berasal dari Perak membuatkan mama rasa nak tau tentang Perak. Dari mula kami nikah lagi mama memang excited nak explore negeri Perak dan papa pon tak abis lagi sebenarnya pusing Perak. Paling-paling pusing Bagan Datoh (kampung papa), Teluk Intan (rumah makcik papa), Manjung (zaman dia bersekolah dulu-dulu) dan Lumut (sebab ada pakcik papa).
Sumber : Google Maps

Mama pilih Taiping juga sebab ada Zoo Taiping and Night Safari. Asyik g Zoo Negara kat KL ni je, teringin gak g Zoo lain-lain walaupun zirafah, gajah dan lain-lain lebih kurang sama je. Hehehe. Dan sambil-sambil tu nak perkenalkan Amir dengan binatang-binatang. Tu niat asal sebenarnya.

Maksudnya, pemilihan Taiping bukan setakat untuk mama dan papa sahaja, tetapi untuk Amir sekali.

Amboi, panjangnya introduction. Hehe

Sebelum pergi, mama survey yang sepatutnya seperti kadar tol, tempat penginapan dan tempat-tempat menarik selain makanan yang best kat sana.

Kadar tol daripada Plaza Tol Jalan Duta ke Taiping Utara : 

Sumber : website Plus Highway

Pendek cerita, kami sampai di Taiping dalam lebih kurang 11.45 pagi. Mulanya saja pusing-pusing Taman Tasik Taiping, sebelah je dengan Zoo Taiping tu. Tapi perut pulak lapar. Kena isi dulu ni. Karang dah masuk dalam Zoo, ada gajah kena makan nanti sebab lapar (macam bole je...hehe). Confirm-confirm dalam zoo kena exercise. Hehe

Rupanya papa dah ada planning tak share dengan mama. Planning dia nak g Kuala Sepetang, makan mee udang banjir. Menurut cerita kawan-kawan dia, mee udang banjir nye sedap. Hamboi, yang selalu lalu pergi balik kampung yang kat Kuala Selangor tu, tak pernah singgah. Jauh mencari rupanya.

Jadi, makanan tengahari kami adalah Mee Udang Banjir, Kuala Sepetang.


Ni la mee udang banjir yang mama order. Mama pilih kue tiaw sebab tak berapa minat mee.
Harap-harap jangan ada yang terliur ye. Kalau terliur, kena g Kuala Sepetang sana. Hehe


Untuk Amir, kami orderkan nasi goreng. Cantik dan unik kan bekas dia. 
Papa sama dengan mama tapi yang membezakan papa order mee, mama pulak kue tiaw.


Dah nak bayar, tengok pada kertas order, uish, ada blog jugak kedai mee udang Mak Jah ni.

Bila bukak website, jauh-jauh cari sampai ke Taiping, rupanya ada cawangan kat Wangsa Walk, Wangsa Maju. Yang terliur tadi tu, bolehla terjah Kedai Mee Udang Mak Jah ni. Kasi promote sikit. Hehe

Okla, panjang jela dah mama cerita. Takut-takut sahabat mama boring lak baca panjang sangat.
Nanti-nanti mama update Jalan-jalan Malaysia - Taiping, Bandar Warisan (Part 2) pulak ye.
Yang part 2 tu dah mula masuk Zoo.

Ok, jumpa lagi di lain kali. Insya Allah.

Wallahuaklam