Monday, June 09, 2014

Semalam punya cerita

Bismillahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillah


Selamat Hari Isnin!!

Semalam punya cerita, lepas pergi kenduri yang kat Raub tu, tiba-tiba Abah bersuara, agaknya kalau g Cameron Highland dah dekat kot ni. Lagipon, Abah tak mampu nak bawak mak pergi.
Aish, sedih la pulak dengar. Yela, meh-meh, jom pergi Cameron jap.

Ni dia perjalanan kami dari Raub ke Tanah Rata.

2jam++ gak kan. Tapi jalan bes, ok je dan tak sempit cuma rasa cam jenuh jugakla nak sampai ke Tanah Rata tu. Mulanya tak berapa yakin betul ke jalan ni. Lepas refer pada En Waze yang budiman dan tanya pada kakak ipar sebab suaminya orang Raub, kami redah jugakla demi memenuhi kehendak kedua ibubapa dengan harapan mudah-mudahan bila tua, kehendak kami akan dipenuhi oleh anak-anak. Aamiin

Dah sampai sana, lupa pulak musim cuti sekolah orang ramai atas sana tu. Bole tahan jugakla sesaknya. Disebabkan kesesakan, kami tak dapat singgah ladang teh, dapat tengok dari dalam kereta je.

Yang kami dapat singgah Big Red Strawberry Farm. Rehat + lepak-lepak sat. Betul-betulkan pinggang.
Rugi tak bawak kamera. Guna hanset jela tu pon jimat-jimat sebab nanti dah abis bateri, naya la pulak.


Kat sini gred kedai dari segi kebersihan adalah gred A dan tarikh diperiksa 27.02.2014, baru jugakla kan. Tu dia antara menu yang kami jamu semasa di atas. Semua ada rasa strawberry kecuali karipap tu karipap ayam, bukan strawberry. Dorang belum dapat create karipap strawberry lagi. Hehe

Perjalanan disambung dalam lebih kurang pukul 5 petang macamtu. Uish, sesak toksah cakapla, lagi-lagi nak lepaskan Pasar Malam Brinchang. Ramai betul orang. Mulanya ingat nak berhenti tapi mak cakap, takyahla. Kalau dapat parking pon, confirm-confirmla jauh + selisih bahu orang aje nanti. Jadi, kami tak jadi singgah. Insya Allah, ada rezeki bole dok lama skit kat sana, bole round puas-puas dan singgah mana yang tak dapat singgah. Cita-cita tu. Hehehe

Kami balik ikut Simpang Pulai sebab dari Tanah Rata nak ke Brinchang tengok jalan bertentangan arah dah mula sesak. Uish, nak pusing balik nanti nak sampai kol bapa lak. Huhuhu

Ingat ikut Simpang Pulai jalan clear, rupanya pon traffic jam sebab ada kawasan tanah runtuh yang dorang tengah bersihkan. Hati-hatilah korang ye kalau nak ke sana. Masa kami di sana pun, hujan turun rintik-rintik. Nampakla pekerja tapak pembersihan tanah runtuh tengah hidupkan api sambil gosok-gosok tapak tangan macam cite omputeh tu tengah berkumpul keliling unggun api. Kesian gak pada mereka tapi yela, demi tugas. Berdoa semoga dipermudahkan segala urusan mereka.

Ni la dia perjalanan kami balik ke rumah.

Tulis je situ 3jam++, tapi berjam-jam jugak sampai rumah. Dari pukul 5 petang gerak, pukul 1 pagi baru sampai rumah. Bayangkan...bayangkan...bayangkan....

Sebabnya Plus Highway jam. Nasib baikla ada En Waze yang budiman membantu serta Wazer-wazer yang amat up to date, update keadaan trafic di depan. Saya memang suggest kepada kawan-kawan untuk install Waze di handphone canggih korang sebab dia amat membantu bila ada wazer-wazer lain update keadaan trafic. Comei pon comei. Kalau malam, terus tukar keadaan sekeliling jadi gelap. Kalau siang, elok je cerah. Siap boleh ajar kita jalan short cut lain ikut kawasan perumahan kalau jalan kat depan jam. Memang best la.

Lastly, kami ikut jalan kampung. Sib baik En Suami pandai jalan cilok-cilok kampung ni, yela negeri dia. 

Badan pon sakit-sakit dan penat lagi ni. Nasib baik pagi tadi ni tak terbabas, bole bangun cam biasa. Cuma kepala je berat sebab tak cukup tidur. Huhu

Walaupun penat tapi seronok dapat penuhi kehendak kedua ibubapa dan dapat bawak adik jalan-jalan sempena dia cuti sekolah. Ada masa dan ada rezeki, insya Allah kami rancang baik-baik, bawak satu keluarga bercuti di sana, bukan singgah lalu je. Hehehe