Thursday, July 31, 2014

Nasihat Daripada Sampul Raya

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah..
Dah hari raya ke-2 kita rupanya.
Alhamdulillah, murah rezeki Amir tahun ni dengan duit raya.
Tapi apa-apa pun, niat kami bukan nak kumpul duit raya Amir..no no no...
Niat nak eratkan lagi ukhuwah yang terjalin, rapatkan lagi hubungan yang renggang serta jalinkan hubungan silaturahim yang baru. (Panjang tol yer dak...hehe)


Jadinya, banyak jugak sampul raya yang dapat. Uish, tak bole buang sampul ni. 
Banyak gunanya. Boleh recycle isi duit masa pergi kenduri kawen. Hihi

Dalam banyak-banyak sampul duit raya yang Amir dapat, mama suka sangat dengan sampul ni :


Sahabat-sahabat setuju tak dengan nasihat : JANGAN SALAHGUNA DUIT INI

Dalam kita sibuk kumpul simpan duit raya anak-anak, tak pun kepada yang masih dapat duit raya,
nasihat macam ni memang sangat baik.
Mana yang besar sikit, dah dapat duit raya tu, mesti dah mula rancang-rancang nak beli apa agaknya yer.
Untung-untung, ada rezeki lebih tu, dapatla smartphone ke, tab ke.

Tapi kalau kita simpan, kita boleh guna pada masa 'kecederaan'. Betul tak?
Contohnya terdesak nak beli barang sekolah tapi rasanya tak nak menyusahkan mak ayah, kita kan boleh guna duit tu. Tu yang orang-orang tua kata, "Beringat sebelum kena".

Apa-apapun, bersyukur dengan apa yang kita dapat ek. 

Wallahua'lam

Spontaneous Thursday - Gambar Pagi Raya

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah


Inilah gambar family kami belah papa pada pagi raya. Ini pon tak cukup lagi 3 family dan sorang bujang.
Yang ada family tu, biasala, beraya rumah mentua dulu.
Yang bujang pulak, jadi tukang ambil gambar ni.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

P/S : minta maaf ye mama tak dapat nak cerita panjang sangat sebab harini dah mula kerja. Nak kena catch up banyak benda sebab banyak deadline ni. Ada masa dan kelapangan sat-sat lagi mama BW & up lagi entry cerita pasal raya yer.

Wallahua'lam

Monday, July 28, 2014

Salam Aidilfitri

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah..



Di kesempatan ini, mama sekeluarga mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI

MAAF ZAHIR & BATIN

disepanjang mama berblogging & wujud ni laman sosial ini.

Semoga Aidilfitri yang menjelang ini dapat membuka salam perkenalan yang baru, mengeratkan ukhuwah yang sedia terjalin serta merapatkan kembali silaturahim yang renggang sebelum ini.

Dalam sibuk kita meraikan hari raya ini, jangan lupakan mereka yang kurang bernasib baik, mereka-mereka yang telah kehilangan orang tersayang serta saudara-saudara kita yang sedang berjuang tak kesah kat mana saja pon.

Kita bersama mendoakan agar mereka sabar & tabah menghadapi ujian Allah serta bantu setakat mana yang kita mampu samada dalam bentuk kewangan mahupun sokongan moral.

Wallahua'lam

Saturday, July 26, 2014

Berbuka di luar

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah.

Patutnya mama tengah kemas baju ni, tapi curi masa sikit update header dan entry. Hehe
Sempat lagi. Buat simple-simple je. Tak boleh nak kreatif sangat dah sebab takut benda lain terbengkalai.

Alhamdulillah, semalam papa dapat voucher berbuka di Hotal Bangi-Putrajaya.
Sebenarnya vocuher tu dapat dari hari Isnin lagi sebab papa ada training kat UniKL Bangi.
Tapi semalam petang, ada sorang kawan dia yang dapat tak dapat pergi dan kasi voucher tu pada papa.
Alhamdulillah, rezeki Allah datang dari arah tak tersangka.


Apa lagi, mama terus telefon hotel tu dan booked sekali.
Alhamdulillah, ada lagi tempat kosong. Tapi disebabkan lambat booked, kami dapat seat yang kat luar.
Takpela, sambil-sambil menikmati keindahan alam. Hihi


Biasala hotel, macam-macam hidangan yang ada.
Tak sempat nak amik gambar sebab mama tak berapa sihat sebenarnya, tekak perit dan demam.
Apa-apapon, secara keseluruhan, memang berpuas hati dengan layanan dan makanan kat sini.


Okla semua, mama nak kemas beg la. Nanti berkesempatan mama update story lagi yer.

Friday, July 25, 2014

Adab Ziarah-Menziarahi

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
Wah, harini mesti ramai dah mulakan perjalanan balik kampung.
Hati-hati di jalanraya ye semua.
Sumber : Google
Insya Allah, esok petang baru mama balik ke kampung belah suami kat Perak.
Mama akan berada di sana sampai hari raya ke-3 je. Hari raya ke-4 mama dah mula kerja.
Cukuplah tu kot.

Semoga dengan kesempatan yang ada, kami sekeluarga sempat ziarah saudara-mara & sahabat handai yang berdekatan.

Dalam kita sibuk beraya dan ziarah-menziarahi, jangan kita lupa adab-adabnya. Antaranya :

1. Berikan salam (Assalamualaikum) kepada yang Muslim. Yang bukan Muslim, kita ucapkan 'Selamat Pagi' atau 'Selamat Sejahtera' ataupon yang sama maksud dengannya.

2. Bila dijemput, barulah kita masuk. Jangan main terjah je. Kesian tuan rumah. Agaknya dia tengah kemas ke sebab baru je tetamu balik, kita dah terjah.

3. Dah masuk rumah tu, mata kena jaga sikit. Jangan melilau je. Takpun terus belek barang perhiasan tuan rumah. Aish, tak manis la macam tu. Kalau ada yang tak kena, jangan ditegur direct je. Berkias ke, takpun cakap slow-slow dengan tuan rumah. Tak la malu sangat tuan rumah. Ye tak?

4. Yang ni penting ni bagi yang ada anak kecik. Awasi anak kita. Tegur mana yang salah. Jangan wat dek je. Anak-anak memang suka nak explore tapi ape cer kalau sampai nak masuk bilik atau selongkar rumah orang. Adoi, tuan rumah dengan kita-kita boleh malu sekali.

5. Dalam tengah makan kuih raya atau ketupat atau sewaktu dengannya, kalau tuan rumah lupa nak hidang air, jangan sound setepek pulak. Alahai, agaknya tuan rumah terlupa kot. Sabar jelah yer. Kadang tuan rumahnya tak sempat siapkan, takpon tak sihat. Tak larat nak buat tu semua.

6. Hah, dalam tengah-tengah makan tu, kalau tak sedap, diam je. Mungkin tekak kita tak sedap. Tekak orang lain sedap. Jadinya, jamah jela sikit supaya tuan rumah tak kecik hati. Kan tak elok kalau ada yang berkecil hati. Kita ni dahla beraya rumah orang, buat orang kecik hati pulak.

7. Kalau boleh, walaupun dah lama sangat tak jumpa, mungkin boleh kita hadkan masa untuk beraya. Yela, kadang tuan rumah tu penat layan tetamu dari awal pagi lagi, nak rehat. Kesian la kat tuan rumah tu yer.

8. Sebelum balik, kita salam-bersalaman, maaf-bermaafan sesama kita dan tuan rumah. Apa yang penting di sini, walaupun hari raya, ingat batas kita antara muhrim dan bukan muhrim. Walaupun niat kita baik nak minta maaf, tapi ianya tidak menghalalkan cara tau.
9. Akhir sekali, ni agak penting bagi anak yang dah pandai bercakap. Tegur, nasihat dan ingatkan anak-anak jangan biasakan minta duit raya. Kalau ada rezeki, adalah. Syukur dengan apa yang ada. Mana tau tuan rumah tak berkemampuan. Kita datang pon untuk ziarah kan, bukan duit raya.

Itulah sikit-sikit tips dari mama. Ada yang kurang, mama alu-alukan untuk penambahan.

SEMOGA BERMANFAAT!!

Wallahua'lam

Thursday, July 24, 2014

Mood Ke Laut!!

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah.

Maaf semua lambat bersiaran lagi harini.
Mood kerja harini memang dah ke laut.
Ditambah bila dengar sesetengah staf dan sahabat blogger kita sendiri dah mula cuti dan balik kampung.
Dan bila mengenangkan :
1. Beg baju nak balik kampung tak kemas lagi.
2. Rumah dan bilik tak siap kemas lagi
3. Budget petrol dan lain-lain tak buat lagi (ni tak termasuk duit raya sebab dah settle dah)
4. Header blog tak tukar lagi (bercita-cita tu...huhu)

Sumber : Google

Tapi mama bertabahlah ni, nak menyiapkan kerja-kerja yang tengah menimbun.
Nanti balik dari cuti, takdela kelam kabut nak kejar deadline.
Sekurangnya dah gerak separuh, paling tidak pon sikit.
Btol tak?

Apa-apapun, hati-hati di jalan raya ye kepada sahabat-sahabat yang sedang mahupun akan memulakan perjalanan balik kampung.

Sumber : Google

JANGAN LUPA - TERUSKAN BERDOA KESEJAHTERAAN SAUDARA-SAUDARA KITA DI GAZA, SYRIA, MESIR MAHUPUN DI MANA SAHAJA!! ^_^

Wednesday, July 23, 2014

Tuesday, July 22, 2014

Ramai orang boleh...

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah, bernafas lagi kita harini yer.

Rasanya rata-rata sibuk kan dah nak raya ni.
Ada yang akan bercuti panjang sebab cuti sekolah pun seminggu kan?

Disebabkan mama pun kesibukan, mama nak berkongsi dengan sahabat mama :

Sumber : Facebook

Dalam kita menasihati orang, mungkin ada baiknya kita nilai diri kita juga.
Takut-takut orang kata kita ni pandai memberi nasihat tetapi diri kita pulak yang lebih.
Kan tak best macam tu.
Apa-apapon, nasihat tu boleh, bukan tak boleh. Tapi mungkin kena berpada-pada.
Ye tak?

SEMOGA BERMANFAAT!!

Monday, July 21, 2014

Segmen Topup Raya by Dunia Zumal

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Wah!! Sahabat kita, +Ahmad Zu Mal Md Rayi buat segmen la sempena hari raya.

Jom kita meriahkan segmen sahabat kita ni.

Sahabat-sahabat boleh klik samada kat banner comei atas, ataupun klik SINI.


Travel Time Advisory

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Selamat Hari Isnin!!
Macamana dengan puasa hujung-hujung ni? Harap boleh bertahan ye. Dah tinggal seminggu je lagi.

Lama ke sahabat-sahabat mama ni bercuti?
Mama cuma amik hari raya ke-3 je. Hari raya ke-4 dah mula kerja.
Tahun ni turn balik Perak. Insya Allah, tahun depan turn balik Johor pulak. Hihi

Mama nak berkongsi kepada sahabat semua Jadual Perjalanan yang dikeluarkan oleh Pihak Plus.

Sumber : SINI

Rasa-rasa time tu memang ramai yang balik kampung dan balik ke sini kan?
Lagi-lagi cuti sekolah, maunya seminggu terus cuti. Mama tak dapat la nak seminggu.
Sebabnya partner mama cuti bersalin. Jadinya, orang tak cukup nak cover.

Sahabat-sahabat bolehla rancang-rancang pukul berapa dan hari apa nak balik.
Tapi yela, kita hanya merancang, Allah yang tentukan segalanya.

SEMOGA BERMANFAAT!!

Saturday, July 19, 2014

Alhamdulillah

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah, ada CPUV lagi melekat kat blog mama ni.
Terima kasih kepada team Nuffnang dan penganjur kerana memilih blog mama.



Fashion Pitch / Writer Unleashed

MyCreative Ventures Sdn Bhd sedang melancarkan Pertandingan MyCreative Writers Unleashed: Pencarian Manuskrip Terbaik. Pertandingan ini diadakan untuk menggalakkan dan meraikan kreativiti penulis-penulis Malaysia. Hadiah wang tunai sehingga RM 12 500 ditawarkan untuk para pemenang. 5 pemenang manuskrip terbaik akan menerima RM2,000 beserta sijil penghargaan setiap seorang manakala 5 pemenang hadiah saguhati akan menerima RM500 beserta sijil penghargaan setiap seorang. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Ogos 2014.


Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang pertandingan, sila lawati laman web berikut:

MyCreative Ventures Sdn Bhd juga melancarkan Pertandingan Fesyen Picth II. Fesyen Pitch menyediakan ruang untuk  pereka fesyen muda, pengamal dan peminat fesyen untuk merealisasikan impian untuk memiliki label fesyen mereka sendiri. Finalis berpeluang mempersembahkan secara langsung di atas pentas dan berpeluang mendapatkan pinjaman perniagaan berjumlah RM2 juta dari MyCreative. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 27 Julai 2014.


Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan, sila layari laman web berikut: