Friday, July 18, 2014

Salam Takziah MH17

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah
Salam Ramadhan & Salam Jumaat, penghulu segala hari.

Sejak malam tadi kita dikejutkan dengan berita pesaway MH17 yang terhempas di Ukrain dalam perjalanan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur.


Innalillahi wainnailahi rajiun
Tergamam, sedih dan sayu rasanya bila mama mula-mula dengar berita ini.
Tapi apakan daya, Allah jua penentu segalanya.

 Mari kita sedekahkan Al-fatihah buat mangsa-mangsa yang beragama Islam.

Sumber : Google

Kepada para keluarga mangsa, diharap redha, sabar dan tabah menghadapi ujian dan dugaan Allah ini.
Kehidupan yang ada mesti diteruskan. Mungkin ada sesuatu yang Allah hendak tegur kita mengenai kejadian yang menimpa ini. Dan Allah menyayangi mereka kerana menjemput mereka terlebih dahulu daripada kita yang masih ada ini. Walaubagaimanapun, serahkan segalanya pada yang Esa kerana Dia sebaik-baik tempat kita berserah. Insya Allah.

Wallahua'lam