Tidak perlu menyesal
Selamat hari Khamis...
Dah hari ke-12 kita berpuasa ye, maksudnya dah masuk fasa ke-2 bulan Ramadhan...
Usaha kena giat lagi sebabnya dah tak lama akan berakhir Ramadhan...
Tahun depan tak tau lagi dapat jumpa Ramadhan atau tak...
Mama tertarik untuk berkongsi :
Sumber : Facebook
TIDAK PERLU MENYESAL APA YANG TELAH TERJADI
JIKA ITU BAIK, MAKA ITU PENGALAMAN UNTUKMU
JIKA ITU BURUK, MAKA ITU PELAJARAN BAGIMU
Dalam kehidupan kita seharian, tak sepanjangnya kita jumpa yang baik dan tidak sepanjangnya kita jumpa yang buruk. Ada variasinya kat situ. Yela, kalau semua baik je takde buruk, bila buruknya sampai, kita mungkin akan terkapar-kapar atau hilang arah. Tapi jika buruk sahaja yang ada, takut-takut kita akan berputus asa.
Setiap perkara yang berlaku ada hikmah dan rahmatnya daripada Allah cuma kita sebagai hambaNya, perlu redha dengan segala yang mendatang.
Contohnya, kita putus cinta dengan seseorang. Ada terselit pengajaran untuk kita. Mungkin sewaktu kita bercinta dengan orang tersebut, kita mengabaikan tanggungjawab kita kepada Maha Pencipta kita; ataupun kita lalai dalam melaksanakan tugas kita sebagai anak kepada kedua ibubapa kita.
Begitu juga bila kita berjaya dalam apa yang kita kerjakan. Semestinya terdapat pelbagai pengalaman yang boleh kita timba disepanjang usaha kita untuk berjaya.
Oleh itu, berlapang dada dan ambil dari sudut positif dalam semua perkara yang kita hadapi samada baik mahupun buruk. Insya Allah, Allah tidak membiarkan hambaNya bersendirian dan setiap yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.
Wallahua'lam