Monday, August 11, 2014

Berbagi rezeki apa yang ada

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah...Selamat Pagi dan Selamat Hari Isnin semua!!

Amacam weekend lepas? Mama rasa ramai ni g rumah terbuka sampaikan traffic jam sabtu ahad yang semalam ni macam time pergi kerja je gamaknya. Terfikir sat, harini (sabtu & ahad semalam ni) hari kerja ke hari minggu? Kalau kat tempat korang takde, Alhamdulillah, masih terkawal lagi. Kat KL ni, jangan cakap la. Bawakkan banyak bersabar jer la. huhu

Harini rasanya mood masing-masing boleh tahan kan sebab dah dapat rehat 2 hari. Hehe.
Jadinya, mama nak kongsi apa yang mama jumpa kat Facebook :


Pada yang duduk sama dengan mak ayah tu macam mama ni, rasa kalau mana yang kita nampak kurang dah tu, kita terus je beli sebab dah selalu kita nampak. Tapi pada yang tidak tu, mungkin bolehla tanya-tanya, takpun sekali sekala ziarah mak ayah tu, kita jeling-jeling, tengok-tengok barang dapur mana yang kurang, terus kita zass pergi kedai beli. Kadang-kadang mak ayah ni tak nak cakap pada anak-anak apa yang kurang. Jadinya kita ni sebagai anak-anak, jom kita jadi prihatin sikit dengan keadaan mak ayah.

Pada adik beradik pon sama. Kita yang ada rezeki lebih sikit ni, kalau rasa tak nak bagi direct dalam bentuk duit pada adik beradik, kita boleh belanja makan ke ataupun belikan kain baju untuk anak-anak diorang ke. Yela, dulu masa kita kecik-kecik, apa yang ada kita kongsi sama-sama, sama-sama rasa. Jadi bila dah besar ni, apa kata kita buat benda yang sama. 

 Insya Allah, perhubungan kita dengan mak ayah dan adik beradik kamceng lagi berbanding sebelum ni.

Mama pesan pada diri mama juga sebab mama masih ada mentua dan tak semua orang ada untung nasib yang sama. ^_^

SEMOGA BERMANFAAT!! ^_^