Wednesday, October 22, 2014

DAY 2 : 10 Favourite Phone Applications

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Credit to +CT Humairah 

Ok, cabaran hari ini diteruskan dengan cabaran DAY 2 : 10 Favourite Phone Applications

1. Pou
Aik, boleh pulak terjebak? Ni akibat melayan anak, dengan mamanyer skali terjebak. Suka pulak mandikan pou dan main game tapi main game sodoku je. Yang lain, samada Amir atau Ucu Amir yang main. Hehehe

2. Gmail
Ini selalu mama sekadar check email serta cuci mata. Nape cuci mata pulak? Sebabnya iklan-iklan Lazada dan Groupon akan hantar ke email mama kat Gmail ni. Ada yang terberkenan, sambar ler. Tapi rasanya banyak cuci mata daripada menyambar. Hehehe

3. Chrome
Ini selalu mama guna samada nak BW sahabat-sahabat mama melalui phone ataupon desktop / laptop. Mama rasa Chrome lagi cepat daripada Internet Explorer. Kalau Internet Explorer, mama suka guna untuk urusan kerja dan online banking. Selebihnya, memang Chrome.

4. Blogger
Kalau nak update entry, kadang-kadang mama guna Aplikasi Blogger jer. Yela, kadang-kadang Chrome kat phone mama yang biasa-biasa ni meragam jugak. Masuk Blogger pon bole.

5. Pinterest
Banyak jugak dah yang mama pin kat Pinterest mama ni. Selalunya mama pin design crochet, teknik-teknik berblogging, homeschool ideas untuk Amir, organization dan macam-macam lagi la.

6. Waze
Yang ini kalau nak ke tempat yang kami tak pernah tuju, memang amat-amat berguna. Papa pon pandai, terus je cakap bukak GPS. Takpela, GPS dan Waze sama jela tu. Korang yang dah ada Waze tu, Waze korang dah tahap mana? Ntah-ntah tinggi dah ni. Mama baru je berjaya dapat tukar ke ninja. Hihi

7. Picsart
Kalau nak edit gambar, letak watermark, mama suka guna Picsart. Senang dan icon pon best-best jugak. Terpulang pada pendapat masing-masing. Tapi pada pendapat mama, untuk aplikasi edit gambar di phone, ini yang mudah.

8. Camera 360
Rasanya ramai la kot yang install ni. Bole ambil gambar cantik-cantik dengan pilihan yang ada. Nak cover lekuk-lekuk jerawat comei macam mama ni, memang terbaik guna ni. Cover habis. Hehehe

9. iQuran Lite
Dalam banyak-banyak aplikasi, sebagai umat Islam, aplikasi ni kena ada dalam phone masing-masing. Tapi bukan setakat ada jer, kenalah bukak dan baca. Kalau tak boleh baca, kita boleh download bacaan surah yang kita nak, pastu boleh dengar walaupun tanpa internet. Rasanya banyak aplikasi seumpama ni tapi berhati-hati yer sahabat semua, takut-takut ada pihak yang menyalahgunakannya dengan cara menokok-tambah surah-surah yang tidak ada. Benda ni tak mustahil kan?

10. MySolat
Last but not least, mama install aplikasi ni sebab mama nak ingatkan diri mama waktu solat. Kita boleh setkan bila masuk je waktu solat tu, nak berbunyi takbir pendek iaitu Allahuakbar; ataupon azan penuh. Kalau sekadar nak vibrate saja pon boleh. 

Alhamdulillah, berjaya sahut cabaran untuk hari ke-2. Harap-harap berjaya lah untuk 8 hari lagi.

Kepada sahabat yang nak baca cabaran sebelum ini, klik kat cabaran di bawah ye :

DAY 1 : 10 Mom's Best Dishes