Sunday, October 05, 2014

Liebster Award by Nurashikin ZA

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png



Ok, kali ni saya kena tag dengan +Nurashikin ZA a.k.a NAZECK pulak.
Dah lama kena tag, baru nak jawab soalan. Tak patut...tak patut...huhu
Maafkan saya yer +Nurashikin ZA a.k.a NAZECK...


Kalau nak ziarah, klik banner +Nurashikin ZA a.k.a NAZECK kat atas ni yer.

Jeng..jeng..jeng...
Masa untuk menjawab soalan....

1. Dulu sekolah harian/ asrama penuh?
Saya bersekolah harian sampai tingkatan 3, lepas tu masuk sekolah berasrama penuh

2. Biasa tido dalam kelas? Kenapa sampai tertido?
Tak biasa tido tapi biasa potong kuku atau buat kerja sekolah yang tak siap lagi...hihi

3. Subjek paling disukai/ paling tak suka?

Subjek yang paling disukai - Matematik sebab seronok kalau dapat selesai masalah & dapat jawapan
Subjek yang paling tak suka - Fizik sebab cikgu yang ajar dulu tak best.
Padahal dua-dua ada kaitan & sambung belajar amik Fizik pulak...camne tu...

4. Cikgu fevret? Apa yang best dengan cikgu tu?
Cikgu Matematik sebab suka bagi cara penyelesaian yang mudah dan cepat

5. No paling cantik & paling corot pernah dapat masa sekolah ?
Nombor paling corot nombor 36 masa darjah 5...sebab masa ni main-main je...
Nombor paling cantik no 3 masa darjah 6...sebab menyesal main-main sampai dapat no 36....

6. Barang paling berharga pernah diperoleh/ dihadiahkan masa zaman kanak-kanak?
Jam tangan Garfield yang dihadiahkan oleh sepupu mak sempena keputusan periksa yang baik...masa tu Garfield yang glamer

7. Hukuman paling tak patut korang pernah kena dari seorang guru?
Kena tarik side burn...sakit tau....ala, jawab latihan salah je pon...huhu

8. Pernah 'kipas' cikgu tak?
Tak pandai nak kipas sebab kipas kat kelas pon kadang rasa kadang tak..hihi

9. Pernah 'kenakan' cikgu yang korang tak suka tak? Apa yang korang buat pada dia?
Tak pernah pulak buat walaupun dapat cikgu yang tak best...redha je masa tu..

10. Personality masa sekolah dulu sama tak macam sekarang?
Sama jer kot, yang membezakan personality sekarang lagi dewasa dari dulu..
almaklum, dah berkeluarga dan dah jadi ibu...

11. Pengalaman bersama kawan-kawan yang paling best?
Main kejar-kejar dengan budak lelaki...lasak btol...hihi

Fuh fuh...berjaya pon jawab soalan cepu emas +Nurashikin ZA a.k.a NAZECK ni.
Betul-betul menguji minda nak flashback cerita lama...hihi
Harap-harap menjawab soalan la yer...