Tuesday, December 30, 2014

Bila anak jaga mak ayah...

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah...

Ini bukan kes anak yang dah besar panjang menjaga mak ayah yang dah uzur.

Alkisahnya, hujung minggu semalam ni, MPA sekeluarga balik ke Perak, menziarah mak ayah mentua. Alhamdulillah, memang rutin kami setiap bulan.

Hari Sabtu, bangun je Amir daripada tidur, dia dah mula demam. Dari Jumaat malam lagi dah mula selsema, tapi MPA assume selsema sebab cuaca sejuk. Almaklumla, musim hujan sekarang ni.


Maka, kami bawaklah Amir ke klinik. Dugaan mencari klinik dalam keadaan hujan. Klinik majoriti tak bukak pulak sepanjang perjalanan dari pekan Bagan Datoh ke Simpang 4, Hutan Melintang, hari Sabtu pulak tu. Alhamdulillah, dalam perjalanan ke Teluk Intan, terjumpa satu klinik. Tu pon nyaris terlepas.

Alhamdulillah, lepas bagi makan, makan ubat semua, demam Amir dah beransur sembuh. Tapi, MPA pula dah mula selsema dan perit tekak. Kononnya, Ahad malam tu nak bergerak balik ke KL, rupanya tak lepas. Terkandas akibat demam, selsema, batuk dan sakit kepala yang melanda MPA.

Semalam, hari Isnin, pergi la cari klinik kat area Teluk Intan alang-alang hantar mentua ke Hospital Teluk Intan, ada appointment. Alhamdulillah, nasib baik jumpa klinik panel MPA, dekat dengan rumah makcik Papa. 


Doktor kat klinik tu pon kasi Sick Leave, bukan pada MPA je, sekali dengan Papa Amir sebab rupanya Papa Amir pagi Isnin tu dah mula perit tekak dan selsema.

Memang tidak ler kan Amir nak jaga kami, baru umur 2 tahun 10 bulan. Apa la yang dia reti. Alhamdulillah, sepanjang mentua tolong jagakan, dia tak meragam dan baik  je. Meragam jugak la time nak kasi ubat sebab Amir bukan suka makan ubat. Alhamdulillah, petang dalam pukul 5, kami rasa dah ok sikit, kami gerak balik ke KL. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan walaupun hujan sepanjang jalan.

Itu sebabnya 2 harini senyap sunyi. Slowly, MPA akan ziarah kawan-kawan yer. ^_^