Malah beberapa jalan utama untuk ke pusat bandar juga telah terputus. Keadaan cuaca di daerah ini bagaimanpun panas dan keadaan itu diharapkan dapat mengurangkan kesan banjir.
Sementara itu, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah ini terus meningkat dengan mendadak kepada lebih 11,356 orang berbanding 3,345 orang semalam selepas lebih banyak kawasan yang dinaiki air.
Jumlah itu bagaimanapun dijangka lebih tinggi kerana hanya 16 daripada 35 pusat pemindahan dibuka di daerah ini telah dikemas kini bilangan mangsa banjir yang dipindahkan sehingga pukul 10 pagi tadi.
Difahamkan, Pusat Kawalan Operasi Banjir Kelantan mengalami kesukaran untuk mengumpul data terkini berikutan kebanyakan tempat telah terputus hubungan selepas bekalan elektrik dimatikan dibeberapa kawasan yang dilanda banjir teruk.
Portal E Banjir yang memuat naik perkembangan semasa banjir di Kelantan kini tidak boleh diakses lagi selepas bekalan elektrik di Kota Darul Naim di sini dimatikan. – ONLINE UTUSAN