Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuantan dalam Facebooknya memaklumkan, keadaan itu berlaku disebabkan hujan yang sangat lebat turun di kawasan hulu iaitu di Sungai Lembing, Panching dan Gambang.
"Faktor ini telah mengakibatkan peningkatan kepada paras air Sungai Kuantan, Sungai Pandan dan Sungai Belat ke paras bahaya.
"Pada pukul 11.30 malam ini, di jadual air laut akan pasang setinggi 3.6 meter, pertembungan air hulu yang turun, hujan lebat dan air pasang tinggi akan menyebabkan paras air sungai utama di Kuantan akan terus meningkat.
"Penduduk di kawasan rendah berpotensi untuk terjejas dan sebagai langkah berjaga jaga penduduk dinasihatkan berpindah lebih awal ke pusat-pusat pemindahan," katanya kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE

Ni ada beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh sahabat-sahabat MPA dalam grup Whatsapp



Sedih rasanya mengenangkan nasib sahabat-sahabat di Kelantan. Dan khabarnya Terengganu, Pahang dan Perak pun sudah mula mengalami banjir.
Bagaimana la mereka agaknya. Semoga mereka tabah, sabar dan kuat semangat menghadapi dugaan yang mendatang. Aamiin

Jom kita berbaik sangka dan mendoakan sahabat-sahabat kita.
Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan Allah dalam membantu sahabat-sahabat kita.