Saturday, January 31, 2015

Be careful

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png


Be careful not to forget Allah when things are going great.
Be faithful and know that Allah can take back just as fast as He gives.

Berhati-hatilah untuk tidak melupakan Allah apabila segala yang berlaku adalah baik belaka.
Percaya dan ketahuilah bahawa Allah mampu mengambilnya semula sepantas pemberianNya.

Terkadang kita ni cepat benar terlupa apabila senang. Bergembira dan menikmatinya tetapi tidak bersyukur dan mengingati Allah. Akibatnya, tiada yang mustahil bagi Allah untuk menarik kembali pemberianNya kerana segalanya adalah hak mutlak Allah. Inilah yang dinamakan kesenangan dan kesusahan itu ujian daripadaNya.

Ingatan buat diri MPA dan sahabat kesayangan MPA semua agar tidak mudah lupa padaNya. Wallahu a'lam.