Bermulanya episod KPI
Tadi ni MPA dan rakan sekerja diminta untuk tanda tangan KPI (Key Performance Index). Bermula tahun ini, semua pekerja akan mempunyai KPI. Tahun sebelum-sebelum ni, cuma Executive Level ke atas sahaja yang mempunyai KPI.
Sumber : Google
Menurut SINI, KPI itu bermaksud satu set langkah-langkah yang digunakan syarikat atau industri untuk mengukur atau membandingkan prestasi para pekerja daripada segi memenuhi matlamat strategik dan operasi mereka. KPI berbeza-beza di antara syarikat-syarikat dan industri, bergantung kepada keutamaan atau kriteria prestasi. Syarikat atau industri mestilah menetapkan matlamat strategik dan operasi, kemudian barulah memilih Petunjuk Prestasi Utama yang terbaik dalam mencerminkan matlamat tersebut.(setelah dialih bahasa)
Itulah dia KPI. Sebenarnya bagus ada KPI ni sebab kita ada hala tuju pencapaian kita dalam syarikat untuk satu-satu tahun yang akan digunakan sewaktu Penilaian Prestasi hujung tahun. Tetapi, KPI boleh menjadi sesuatu yang sukar bila ada rakan sekerja yang tidak boleh bertolak ansur dan mementingkan KPI sendiri tercapai. Itu yang tak best tu. Kalau dapat kerjasama, bertolak ansur, barulah kerja pun happy. Betul tak?
Eh, bila difikir balik, kita pun boleh menetapkan KPI buat diri kita sendiri. Untuk yang bekerja, kita boleh tetapkan KPI kita dari segi kedatangan ke tempat kerja, samada kedatangan awal bertambah baik ataupun pengurangan penggunaan cuti sakit. Paling tidak pun, mungkin dari segi perbelanjaan setahun. Lagi-lagi sekarang kan masih awal tahun. Tapi apa yang penting adalah jujur pada diri sendiri dalam penilaian. Itu yang penting.
Kepada sahabat-sahabat yang ada KPI macam MPA, selamat menjalani pekerjaan kita sebaiknya dalam memenuhi KPI yang ditetapkan. Namun, kerja, kerja juga. Jangan lupa tanggungjawab kita pada Allah, keluarga dan orang sekeliling. ^_^