Tuesday, January 20, 2015

Layan Mi Siput

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah
Harini dah rasa segar sikit berbanding semalam.
Blog pon terabai bila tuan tanah tak sihat. Huhu

Malam tadi teringin Mi Siput. Nasib baik ada stok. Dah lama beli dari kawan. Kebetulan dia orang Muar, Johor. Jadi kirim jela. Tau makan mi siput ni masa belajar kat Muar dulu-dulu. Kat tempat lain tak tau la panggil apa.


Inilah rupa mi siput, sebelum digoreng.
  Sori ek, jurugambar amatur. Gambar pon tak cantik. Tengah belajar-belajar lagi. Hihi


Inilah rupa lepas digoreng. Macamana bole macamtu, minta maaf MPA tak tau. Tau goreng je. Nak goreng pon kena berhati-hati sebab minyaknya terpercik-percik. Sedap kalau makan dengan sambal ikan bilis. Tapi kalau MPA makan gitu je sebab MPA memang tak tahan pedas.

Jom cari kawan orang Muar dan kirim kat mereka. Cubalah rasa dulu. Insya Allah sedap.