Monday, January 26, 2015

Masa untuk servis kereta

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Semalam MPA berkesempatan pergi servis kereta. Memang dah sampai masa servis pun. Lagipun minggu depan nak balik Perak. Mestilah kena servis.
Tu dia buah hati pertama MPA dah naik atas, bersedia untuk diselenggara. Selalu samada pergi dengan Papa atau MPA pergi sendiri. Tapi dah dua-dua cuti, bolehla pergi bersama dengan Amir sekali.


Amir dah besar, dah senang handle dan kurang ragamnya duduk kat bengkel lama sikit.

Masa nak hantar servis kereta, kita kena tau sikit-sikit pasal kereta. Apa yang perlu ditukar pada masa-masa tertentu. Menurut Sumber kat SINI, antara yang ditukar sewaktu servis kereta adalah :

1. Minyak Hitam

Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak jenis sintetik, berkemungkinan boleh menjangkau perjalanan sehingga 7,000km atau 10,000km. Untuk kereta MPA ni, selalunya MPA servis 3 bulan sekali sebab susah nak capai 5,000km perjalanan. Sebab sekadar pergi balik kerja jer. Tapi kalau kereta Papa, memang Papa mintak minyak untuk 10,000km. Kereta Papa khas untuk jalan jauh. Cuma sekali sekala jer bawak kereta MPA untuk jalan jauh. Ikut mood. Hihi

2. Filter / Penapis

Kebiasaannya, apabila tukar minyak enjin, maka tukarlah juga filter minyak. Cuma kadang-kadang bila pomen periksa filter angin dah kotor tahap kritikal, mereka tolong tukarkan jugak. Sahabat perasan tak kadang-kadang pomen cuma sembur je filter angin kita dengan angin kuat. Ikut pada Papa, tu masih boleh guna lagi, cuma bersihkan jer. Kalau salah, tolong betulkan ek.

3. Spark Plug

Kebiasaannya ditutkar 20,000km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Tapi tak menjadi masalah sekiranya sehingga 30,000km hingga 40,000km. Tapi kalau dah lebih 40,000km, jika tidak ditukar, elektrod akan menipis dan perlu ditukar. Harga untuk 4 biji dalam RM 20.00 hingga RM 25.00. Kalau MPA selalunya bila kereta mula tersenggut-sengut, ataupun rasa tak sedap je bawak kereta, MPA akan tukar. Kebiasaanya, MPA beli Spark Plug kat kedai spare part, lepas tu ke bengkel mintak tolong pomen tukarkan. Kos upahnya murah dan adakalanya kos upah percuma. Bergantung pada bengkel.

4. Bateri Kereta

Kebiasaannya 18bulan hingga 2 tahun, bergantung cara penggunaan. Jika selalu mengisi semula air suling, ia mampu bertahan selama 2 tahun. Tapi kalau lupa isi dan selalu kering, maka cepatlah jangka hayatnya. Yang ini selalu orang panggil 'Bateri Basah'. Kalau yang 'Bateri Kering' / Free Maintenance Battery pula, tak perlu isi air suling tapi lebih mahal daripada yang basah tadi. Ini khas untuk orang yang selalu lupa isi semula air macam MPA. hihi

5. Timing Belt

Kebiasaanya 60,000km untuk kereta Proton Saga dan Wira (ni MPA kena alert ni!); Proton Waja mampu bertahan sehingga 90,000km manakala Honda CRV mampu bertahan sehingga 160,000km. Timing belt bergantung kepada jenis kenderaan.

6. Clutch Plat

Clutch plate ni adalah perkara subjektif. MPA selalunya tunggu Papa yang komen, baru tukar sebab dia lebih berpengalaman dan berpengetahuan. Hihi

7. Fuel Filter

Kebiasaanya penukaran berlaku apabila perjalanan kenderaan mencecah sehingga 40,000km. Untuk MPA, selalunya MPA akan tukar dalam kiraan 4 kali servis. Maksudnya, masa servis kereta kali ke-4, MPA akan mintak ditukarkan fuel filter.

Itulah serba sedikit yang MPA nak berkongsi dengan semua. Sebenarnya banyak lagi tapi untuk semalam MPA servis kereta, MPA cuma tukar no. 1,2 dan 7 jer. Yang lain, belum sampai masanya lagi. Kalau untuk lebih lanjut, boleh rujuk kat SINI.

Nasib baik Papa pandai bab kereta ni. Dialah penasihat MPA. Alhamdulillah. ^_^

Okla, jom periksa kereta masing-masing. Dah sampai masa ke belum untuk diservis. Selalunya musim perayaan ni ada promosi di bengkel-bengkel kereta. Bolehla dihantar jika ada promosi yang best tu. Selamat servis kenderaan semua. ^_^