Monday, February 02, 2015

Rezeki

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

MPA masih di rumah mentua lagi. Insya Allah, esok baru balik. Rasa Malas nyer la hai. Tapi tak boleh. MPA kan berkerja. Rezeki kena usaha mencari, tak datang bergolek. Tapi yang penting usaha dengan cara yang betul agar hasilnya adalah berkat. Jangan lupa pula bersyukur padaNya sebab segalanya adalah daripada Dia.

Bercakap pasal rezeki, teringat MPA pada kopi ni :


Kopi Mat Rezeki

Kopi ni agak terkenal juga di Bagan Datoh. MPA belum jumpa lagi kat KL. Belum dikomersilkan lagi kot. MPA mulanya tak tau tapi kakak ipar MPA rajin berjalan dan mencuba. Jadi, dialah yang memperkenalkan pada keluarga mentua MPA. Rasanya lebih sedap daripada kopi yang lain. Mungkin kat tempat sahabat MPA ianya dah terkenal, MPA je baru kenal. Hihi

Rasanya kat setiap kawasan atau tempat, ada kopi, teh atau makanan yang terkenal di kawasan tersebut sahaja. Bolehla kita berkongsi cerita ya.