Tuesday, February 17, 2015

Salam takziah wahai sahabat

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Malam tadi, MPA dan sahabat-sahabat dikejutkan dengan pemergian suami kepada salah seorang sahabat kami sewaktu belajar di Johor Bahru.


Khabarnya suami beliau dijangkiti demam denggi berdarah dan semalam seharian bertarung nyawa di ICU Hospital Kajang. Dalam pukul 8.30 malam, suami beliau menghembuskan nafas yang terakhir di sisi isteri yang dikasihi. Mohon sahabat sekalian sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham Malik Saiful, suami kepada Habibah Yusoff, iaitu sahabat saya.


Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak berusia 7 tahun, 8 tahun dan 10 bulan.

MPA rapat dengan sahabat MPA sebab kami pernah satu bilik masa belajar di Johor Bahru dulu. Tambahan pula kami ambil sama kursus. Dalam kursus kami cuma ada 10 orang perempuan berbangsa Melayu, 4 orang perempuan berbangsa Cina dan 1 orang lelaki berbangsa Cina. Dah 15 orang tu, memang rapat sangat. Walaupun kami telah habis belajar dan masing-masing telah mengikut haluan dan perjalanan hidup masing-masing, kami tetap keep in touch.

Pemergian suami sahabat MPA memang terkesan di hati kami semua. Dapat rasa bagaimana perasaan beliau sekarang. Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman.
Semoga ahli keluarga Allahyarham tabah, cekal dan sabar menghadapi hari mendatang.
Insya Allah...aamiin

P/S : MPA taip entry ni tersekat-sekat sebab sebak memikirkan keadaan ahli keluarga Allahyarham. Semoga segalanya yang terbaik buat mereka sekeluarga. T T