Wednesday, May 13, 2015

Tuesday, May 05, 2015

Blog yang bersawang

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Aduhai, rindunya pada blog ini.
Sampai bersawang ditinggalkan tuan tanah.
Sumber : Google

Terima kasih pada yang masih sudi singgah walaupun tuan tanah 2-3 bulan ni tenggelam timbul. 2 minggu lepas MPA ada up gambar Misteri Kehilangan Terurai
Misteri la sangat kan. Bukan misteri apa pun, MPA melayan diri dan alahan yang ada. Alhamdulillah, Insya Allah, Amir bakal menjadi abang. Abang long kawasan la gamaknya sebab dia cucu sulung dalam keluarga MPA.

Untuk pengetahuan semua, alahan MPA kali ni memang agak berat sikit berbanding masa mengandungkan Amir dulu. Masa Amir dulu, steady jer. Yang kali ni, macam-macam pulak ragamnya. Biasalah, lain budak, lain ragamnya.

Untuk yang kali ini, MPA memang kurang sangat layari media sosial termasuklah blog tersayang ini, facebook dan instagram. Bukan itu saja, semua yang berkaitan dengan internet pun MPA boleh rasa nak muntah. Hatta, nak baca perkembangan diri dan baby kat Babycenter pon MPA tak boleh.

Kali ini, MPA makan sekadar alas perut saja. Kalau lebih, alamatnya dikeluarkanlah balik semua. Yang agak parah, kali ni MPA tak lalu minum susu. Boleh minum, tapi sikit saja. Kalau lebih, memang keluar balik. 

Takpelah, bersabar sajalah. Allah nak bagi rezeki, Dia uji dulu hambaNya, samada bersyukur atau merungut. Tidak semua diberikan rezeki yang sama. Bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada.

Kepada sahabat semua, MPA akan slowly BW blog sahabat semua tapi akan makan masa. Kepada yang MPA berjanji hadiah tu, insya Allah, MPA akan tunaikan dalam masa terdekat ni. MPA tidak akan selalu bercerita tentang perkembangan diri MPA untuk mengelakkan terasa hati di kalangan sahabat-sahabat MPA. Semoga sahabat-sahabat MPA diberikan rezeki yang sama seperti MPA kepada yang belum diberikan lagi. Insya Allah.