Apala yang merundum ni yer. MPA ni la yang merundum. Bukan setakat merundum, jatuh tergolek-golek lagi. Penangan sakit buatan orang. Nak buat camne.
Sumber : Google
Bukan MPA merungut cuma bila dah berbadan dua ni, untuk yang kali ini, memang begitu kuat menguji dan menduga. Tapi MPA ambil ia daripada sudut positif. Kata mak MPA lain budak, lain pembawakannya. Betul la tu kot. Alhamdulillah, suami MPA faham dengan keadaan MPA dan selalu bagitau, "Agaknya, Allah uji sekarang sebab masa bersalin nanti Dia nak mudahkan kot".
Banyak betul yang MPA terlepas dan ter'miss'. Dapat tengok kat Fb tu pon kejap-kejap je. Alhamdulillah, tau juga la sikit-sikit perkhabaran sahabat-sahabat.
Kepada yang merindui MPA (ada ke ek?...hihi), MPA merindui kalian juga. Hehe
Okla, MPA tak berani nak berjanji tapi akan cuba sedaya upaya update blog MPA yang dah berhabuk tahap boleh buat bedak dah ni. Hehe