Wednesday, December 09, 2015

Episod Menghitung Hari

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah.

Ok, jom sambung cerita MPA sebelum ni, 
Hari ke-32 berpantang - Punca duduk hospital lama. Mau tak menghitung hari, mengharap dapat keluar balik je sepanjang kat dalam hospital. 

Sumber : google

Mulanya lalu juga makan makanan hospital sebab dah redha kena menghadapinya, tapi lama-lama tak lalu juga kalau menu yang sama je. Biasala makanan hospital kerajaan, lain la hospital swasta. Alhamdulillah, mak dan suami sangat memahami, rajin mereka bawakkan makanan untuk MPA. Duduk lama kat hospital, dah boleh kenal nurse-nurse yang ada, siap dah boleh agak jadual kerja mereka. Bukan setakat nurse yang dah kenal MPA ni, doktor termasuk doktor pakar pon kenal. Terma atau istilah yang mereka gunakan pon MPA dah boleh agak prosedur yang akan dilakukan. Mana taknya, boleh dikatakan hari-hari benda yang sama.

Sumber : Google

MPA ditempatkan di wad bersalin, jadi dah duduk lama macam-macam ragam mereka yang nak bersalin dapat MPA lihat. Ada yang muka cool je, siap senyum-senyum, rupanya jalan dah bukak banyak. Rilek je nak pergi bilik bersalin. Ada yang mulanya cool, tapi bila dah mula bukak jalan, meraung-raung menangis. MPA sempat menyaksikan pesakit yang bersalin di kaunter, pesakit yang telah disahkan baby sudah meninggal di dalam perut dan tunggu masa untuk bersalin, pesakit warga asing yang ada masalah komunikasi akibat tidak tahu berbahasa Melayu atau Inggeris serta MPA berkesempatan bertemu banduan yang hendak bersalin ditemani Pegawai daripada Jabatan Penjara. Ada juga warga asing yang ditemani Pegawai daripada Jabatan Imigresen. Pendek kata, memang pelbagai pengalaman MPA peroleh sepanjang hampir sebulan tinggal di Hospital Kajang. Ada episod suka dan ada episod duka.

Sumber : Google

Menangis? Tipu kalau MPA kata tak menangis langsung duduk kat situ. MPA mengaku memang menangis, mengenang suami dan anak di rumah. Sebelum ni selalu bersama dan sebolehnya laungkan masa sebanyaknya bersama, tiba-tiba MPA sorang yang kena duduk di sini. Tapi bila mengenangkan kebaikan untuk MPA dan anak yang dikandung, MPA kuatkan semangat. Alhamdulillah, MPA dipertemukan dan ditempatkan bersama dengan pesakit-pesakit yang senasib dengan MPA, yang memang confirm duduk lama di Hospital. Sebenarnya MPA sakit apa yer?

Sebenarnya MPA disahkan mempunyai masalah uri bawah atau bahasa doktor Placenta Previa. Masalah uri bawah ni ada 4 peringkat dan MPA disahkan pada Peringkat 3; uri dah tutup sebahagian laluan bersalin. Harapan untuk bersalin normal memang dah takde, confirm memang kena czer. 

Sumber : Google

Penyebab MPA ditahan wad adalah MPA mengalami pendarahan pada 3 September 2015. Masa tu MPA tengah tidur, terjaga pukul 1.30 pagi sebab rasa gatal tekak. MPA batukla. Agaknya terkuat batuk, MPA terasa sesuatu terkeluar semacam period. MPA pergi ke toilet. Sekali tengok rupanya seketul darah. MPA dah dipesan oleh doktor jika alami pendarahan, segera ke Hospital untuk mengelakkan sebarang masalah lain pulak. Terus MPA kejutkan suami dan bergegas ke Hospital Kajang dalam pukul 2 pagi. Terus terang masa terkeluar ketul darah tu, MPA tak rasa sakit pon. Lepas-lepas tu pon, on the way ke hospital pon, MPA tak rasa apa-apa sakit pon. Tapi yela, mencegah lebih baik daripada mengubati, lebih baik segera ke Hospital. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan, selepas diperiksa oleh doktor on-call yang bertugas, tak lama lepas tu, MPA diarahkan untuk duduk di wad. Sejak itu, MPA memang tidak merasa dah untuk keluar melainkan untuk keluar sekejap di depan wad untuk bertemu Amir. 


Jadi, pesakit, nurse dan doktor la jadi kawan-kawan MPA. Alhamdulillah, suami ada belikan buku Sodoku, Word Search, majalah Solusi dan PA&MA, bolehla buat menghilangkan rasa bosan. Kalau ikutkan stress dan fikir negatif, memang bengang dan bosan tapi daripada sudut positif, agaknya Allah nak MPA lebih mendekatkan diri kepadaNya. Doktor Pakar, Doktor Adzlina selalu motivate MPA untuk ambil ianya daripada sudut positif. Katanya sibukkan diri dengan mendekatkan diri kepadaNya dengan melakukan solat sunat Dhuha, Tahajjud, Hajat dan sebagainya selain membaca Al-Quran. Mana tau dapat khatam Al-Quran ke sepanjang duduk di hospital sebelum keluar, yang mana belum tentu lagi kita dapat lakukkannya jika diluar. Katanya lagi, anggaplah ianya percutian untuk MPA berehat sepuasnya, yela ada tukang masak dan tukang cuci baju sebab kena pakai uniform pink hospital. Betul juga apa yang dikata. Kebetulan bulan September dan awal Oktober, Malaysia kan mengalami jerebu teruk sampai kena tutup sekolah 2-3 kali. Jadi, MPA anggap hikmahnya Allah nak MPA dilindungi daripada menyedut udara jerebu yang sememangnya tak baik untuk diri dan kandungan MPA. 

Sumber : Google

Pengajaran sepanjang MPA duduk lama di hospital adalah bersangka baik dengan ketentuan Allah dan sentiasa positif. Jiwa tenang dan tak tertekan, fikiran pun tenang dan tak kusut. Selain itu, sedikit sebanyak dapat mendekatkan diri kepadaNya. Alhamdulillah, ini semua berkat dikelilingi oleh insan-insan yang positif iaitu suami, ahli keluarga, sahabat andai serta warga hospital yang positif.

Wallahu a'lam