Thursday, January 14, 2016

Berhati-hati dengan demam denggi

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Sekarang musim panas mula melanda negara kita. Tidur malam pon berpeluh-peluh dibuatnya. Tapi sekali sekala ada hujannya. Bila kadangkala panas dan hujan ni, apa lagi, nyamuk pun cepat membiak. 

Menurut laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia :


mendapati kes denggi meningkat bagi tahun lepas, 2015 berbanding tahun 2014; begitu juga kes kematian berkaitan denggi.

Wabak denggi semakin menular sekarang ni akibat daripada nyamuk aedes. Walaubagaimanapun, tindakan kita amat penting untuk mengurangkan penularan wabak ini. Langkah pencegahan yang boleh diambil ialah dengan memastikan tiada takungan air disekeliling mahupun dalam rumah, contohnya di pasu bunga, kolah mandi, tin-tin kosong yang tidak digunakan dan macam-macam lagi la. Jangan lupa gunakan ubat pembunuh jentik-jentik, anak kepada nyamuk aedes.

Sumber : Google

Bukan ke mencegah lebih baik daripada mengubati?

Sumber : Google

Kalau sahabat ada yang mempunyai tanda seperti diatas, cepat-cepat ke klinik ataupun terus ke hospital lagi digalakkan. Bukan apa, sebelum melarat. Kadang kita tak dapat daripada sekeliling rumah kita. Macam seorang sahabat SAW, dia dapat demam denggi daripada kawasan pasar sebab dalam ahli keluarga dia, cuma dia dan suami saja yang dijangkiti dalam semua ahli keluarga dia sebab sebelum itu, dia dan suami saja yang ke pasar.

Jadi, berhati-hati dan jaga diri baik-baik sahabat semua yer. ^_^
Share: