Saturday, January 23, 2016

Family Time - Hello Kitty Go Round Malaysia

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Hujung minggu ni dah ada plan ke? Nak kemana? 

Semalam, masa SAW nak balik, ada yang bagi fliers ni :


HELLO KITTY GO ROUND!! tengah ada di Malaysia. Kepada peminat Hello Kitty, bolehla ke Viva Home Expo Hall, Kuala Lumpur. Hello Kitty memang comel kan?

Antara yang ada di Hello Kitty :


Macam-macam aktiviti dan bahan pameran yang ada.  Antaranya Ichigoman, Lucky Ribbon, Sanrio Baby Race, Sanrio Cinema dan macam-macam lagi la. Selain itu, sudah tentu la ada cenderahati Hello Kitty seperti magnet peti ais, rantai kunci, beg dan macam lagi yang ada gambar Hello Kitty. Best kan?

Tiket masuknya ialah :


Harga tiket masuk bukan hanya untuk masuk saja, tapi ada cendehati diberikan sekali. Antaranya lanyard, collectible card, game voucher, dance performance & colour pencil.

Kalau berkesempatan, bolehla bawa anak-anak ke sini sambil luangkan masa dengan anak-anak. SAW memang tak dapat pergi la sebab Ain masih kecil lagi. Tapi untuk Amir, memang tengah seronok la ni cuma Hello Kitty kan selalunya dikaitkan dengan budak perempuan. Kurang sesuai sikit la kot untuk Amir.

Kalau ada sahabat yang dah pergi, jom kongsi pengalaman dengan SAW. Nak tau jugak SAW.