Monday, January 18, 2016

Kenapa rezeki susah nak masuk?

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

 Rezeki bukan hanya dari sudut duit dan harta. Anak, keluarga yang aman harmoni, mentua dan ipar duai yang baik juga sebenarnya rezeki. Rezeki setiap orang Allah telah tetapkan berbeza-beza. Kadangkala kita telah berusaha, tapi kalau sudah tertulis ianya bukan rezeki kita, walau hampir macamana pun, tetap bukan kita punya.

Seperti kita makan nasi. Kadangkala dah nak sampai ke mulut, boleh pulak tumpah. Kalau tidak pun, kita muntahkan balik. 

Namun begitu, ada juga tindak tanduk kita yang menyukarkan rezeki kita. Apa tu? Jom kita tengok :

Sumber : facebook

KENAPA REZEKI SUSAH NAK MASUK?
1. Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
Jika kita memudahkan urusan yang baik walaupun kecil, insya Allah urusan kita juga akan dipermudahkan termasuklah urusan rezeki.

2. Berkira untuk bersedekah
Bak kata pepatah Inggeris : What you give, you get back. Insya Allah, jika kita murah untuk memberi, Allah yang Maha Memberi lagi murah memberi pada kita.

3. Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup
Sebenarnya, tak elok sangat asyik cakap tak cukup duit ataupun takde duit. Rezeki Allah kan luas. Nanti betul-betul tak cukup atau takde duit, baru tau. Yela, kata-kata kan doa.

4. Riak apabila bersedekah
Ruginya kalau riak bila bersedekah. Rugi sebab pahala tak dapat, penat yang dapat. Takut-takut dosa pula yang dapat. Kan rugi tu.

5. Gemar mengungkit pemberian
Bila memberi tu, ikhlaskan di hati. Bukan apa, kalau diingat-ingat, hati boleh jadi sakit bila orang yang diberi tidak menghargai dan itu yang boleh menyebabkan ungkitan. 

6. Kurang beristighfar
Jom banyakkan istighfar. Selain mengundang rezeki, boleh juga menghapus dosa-dosa kecil kita 

7. Banyak membuat maksiat
Kadang-kadang tanpa sedar kita melakukan maksiat seperti maksiat mata iaitu melihat perkara yang tidak sepatutnya. Jadi, jom kita sama-sama banyakkan istighfar dan solat taubat, semoga Allah menerima amalan kita dan memudahkan urusan kita termasuk urusan rezeki

8. Tidak bersyukur
Banyak sungguh pemberian Allah pada kita. Jika tidak bersyukur, alangkah angkuhnya kita ni. Oleh itu, jom kita bersyukur dengan apa yang ada. Mungkin dimata kita, kita serba kekurangan. Tapi tanpa sedar, orang memerhatikan kita serba lengkap.

Semoga dipermulaan minggu dan awal tahun ni, kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.

Wallahua'lam