Thursday, January 28, 2016

Rezeki yang berkat

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Sumber : Google

Apa maksud rezeki yang berkat?
Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan. Manakala rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Rezeki yang tidak berkat umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus

Rezeki bukan sekadar dalam bentuk duit sahaja, malahan anak, kesihatan, keluarga dan macam-macam lagi adalah bentuk rezeki.

Mungkin ada yang pertikaikan, boleh ke hidup dengan duit gaji yang sikit?
Dalam zaman yang serba mencabar ini, mungkin nampak mustahil tetapi sebenarnya ianya tidak mustahil. Apa yang penting ianya berkat dan kita bersyukur dengan apa adanya. Barulah kita tidak merungut dan puas hati dengan apa yang ada.

Wallahua'lam

Mode tabahkan diri akibat kereta yang perlu dibaiki..sobs..sobs