Friday, January 01, 2016

Selamat datang 2016

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah


Terima kasih ya Allah kerana masih diberikan nafas untuk menikmati awal tahun 2016. Sahabat MPA kemana harini? Kebetulan ambang tahun baru ini jatuh pada hari Jumaat, rasanya ramai yang tak lepas peluang balik kampung. Rasanya ada  juga yang berbelanja barang persekolahan anak-anak buat kali terakhir.


Dah masuk tahun baru ni, perkara yang paling terkenal adalah AZAM. Rasanya ramai yang tanam azam untuk dicapai tahun 2016. Boleh kongsi dengan SAW apa azam sahabat SAW ni? 

Aik, tukar pulak ke SAW daripada MPA. SAW adalah untuk Siti Aminah Wahab, nama sebenar saya dan MPA pulak untuk Mama Papa Amir. Disebabkan SAW dah bertambah seorang lagi ahli keluarga, jadinya tak sesuai pula guna MPA untuk mengelakkan ada pihak yang berkecil hati. Jadi, baik guna nama sendiri. Betul tak? Ini bukan azam, tapi perubahan di tahun baru. Boleh gitu?

Berbalik kepada azam, bole kongsi sikit dengan SAW? Mana tau boleh jadikan azam SAW dan sahabat yang lain juga ke. Walaubagaimanapun, dalam sibuk merangka azam, biarlah ianya :

1. Realistik
Yang nyata, bukan ilusi contohnya ingin meminang tuan puteri. Kalau kita putera raja, bolehla kan tapi kalau sekadar orang kebanyakkan, fikir-fikirkanlah ya.

2. Mampu dicapai
Azam tersebut biarlah dibawah kemampuan kita. Bukan apa, takut-takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Yang rugi kita juga nanti.

3. Merancang tindakan
Jangan berazam je, pelan tindakan kena ada juga. Macam mana nak capai azam kalau tiada usaha.

4. Tidak melanggar batasan agama
Yang ini paling penting. Azam, azam juga. Batasan agama tetap kena jaga. 

Walau apa pun azam yang ditanam, sentiasa beringat bahawa niat tidak menghalalkan cara.

Selamat tahun baru semua. Semoga apa yang diazamkan akan tercapai. Insya Allah.

P/s : perasan tak blog SAW dah bertukar wajah. ^_^