Tuesday, January 12, 2016

She's 3 months today

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Pejam celik, pejam celik, dah 3 bulan dah anak dara SAW harini. Rasanya inilah first time SAW cerita pasal anak dara SAW yang diberi nama Ain Humaira di sini.


Bukan tak nak cerita sebelum-sebelum ini dan bukan tak hargai anugerah Allah ini, anak SAW ini sedikit istimewa berbanding abangnya, Amir Syukur. SAW perlukan masa untuk menceritakan keistimewaan Ain sebab SAW dan suami sendiri pon first time dengar dan menghadapi keistimewaan Ain. Apa tu, tunggu yer.

Walau apapun, SAW mendoakan Ain mahupun Amir dibawah lindungan dan rahmat Allah, menjadi anak yang soleh & solehah yang mendoakan mama & papanya bila tiada kelak, disinari cahaya keimanan dan cahaya ilmu yang bermanfaat di dada mereka serta diberkati sepanjang kehidupan mereka. Insya Allah, aamiin.

Semua mak dan ayah mesti mahukan yang terbaik buat anak-anak. Namun begitu, jangan lupa yang kita juga perlu jadi yang terbaik buat mereka. Betul kan?

Wallahua'lam