Kejujuran
Pada suatu hari, seorang Pengurus Besar mahu menguji para pekerjanya tentang nilai hidup para pekerjanya.
Dia telah mengumumkan bahawa di dalam fail seminar para pekerjanya, terdapat sampul kecil yang mengandungi benih.
Sebaik sahaja mereka pulang ke rumah, Pengurus Besar tersebut meminta mereka meletakkannya di dalam pasu yang mengandungi tanah yang baik and menjaganya dengan sangat baik.
Beliau akan mengadakan pertandingan pada seminar tahun hadapan dan pokok yang terbaik akan diberikan hadiah.Para pekerjanya melaksanakan apa yang diarahkannya.
Bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Masa yang telah ditetapkan pun tiba. Seperti yang diarahkan, pada seminar tahun berikutnya, para pekerjanya telah membawa pokok yang ditanam dan terdapat pelbagai jenis pokok di dewan besar seminar tersebut.
Namun begitu, terdapat satu pasu yang mempunyai tanah tetapi tiada pokok langsung yang tumbuh. Pemilik pasu tersebut berdiam diri dan berasa malu dengan dirinya sendiri.
Acara kemuncak pun tiba dan Pengurus Besar ingin mengumumkan pemenang seperti yang dijanjikan tahun lalu. Tetapi sebelum itu, Pengurus Besar tersebut memanggil pekerjayang memiliki pasu yang tiada pokok dan bertanya kepadanya apa yang berlaku.
Pekerja tersebut memberitahu bahawa dia telah menanam benih pokok seperti yang diberi oleh Pengurus Besar, tetapi tiada apa yang tumbuh.
Tiba-tiba, Pengurus Besar mengumumkan bahawa pekerja tersebut adalah pemenang yang dicari-cari.
Semua yang ada di dalam dewan tersebut tekejut.
Pengurus Besar itu pun berkata,
"Hadirin sekalian. Benih yang saya berikan tahun lalu adalah benih yang telah dimasak. Kamu telah menanamnya namun tiada apa yang berlaku. Kamu bertindak bijak dengan menanam benih yang lain. Namun begitu, pekerja ini jujur terhadap pekerjaannya dan tidak menipu saya, mahupun dirinya."