Monday, April 25, 2016

Sambutan Hari TLDM Ke-82

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Majoriti pengguna telefon pintar sekarang mesti ada Whatsapp. Dah macam kemestian pulak sekarang kan? Saya pun tak terlepas. Hihi

Dah ada whatsapp tu, macam-macam grup ada. Bukan saja grup tempat kerja saja skarang ada; grup famili, grup kawasan kejiranan, grup universiti, grup kawan-kawan sekolah, malah grup kawan tadika pon ada. Kuat betul ukhwah. Bagus tu memang bagus, mengeratkan silaturahim dan menyampaikan info dan maklumat; tapi jangan salah guna pulak ya dengan menyampaikan atau mem'forward' (boleh ke?) info dan maklumat yang salah. Berhati-hati ya.

Bercakap pasal info, MPA ada info daripada grup whatsapp yang nak disampaikan ni. Insya Allah, ni betul punya. Info ni daripada pakcik En Suami. Ni daripada grup keluarga besar belah mak mentua MPA. Kan dah kata, macam-macam grup sekarang.
Ok, ok. Balik ke topik asal. Melalut pulak. Hihi.

Insya Allah, hujung minggu ni akan diadakan Sambutan Hari TLDM ke-82 mulai 30 April hinggalah 1 Mei 2016 bertempat di Pangkalan TLDM Lumut, Perak sana.


Bersempena dengan itu, macam-macam acara yang ada.

Kalau berkesempatan dan dekat dengan Lumut, bolehla join sambutan ni, sekali tengok kapal TLDM. Bukan senang nak masuk dan tengok tu.

Jom ramai-ramai meriahkan sambutan hari TLDM ni.