Monday, May 23, 2016

Buku : Mudahnya Menjemput Rezeki

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Sebelum ni MPA ada kata yang MPA ada dapat buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki, selepas itu MPA pun ada beli buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Ok, hari baru MPA sempat nak bercerita.

Nak kata buat review tu, tidak lah. Sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat. Mana tau ada yang boleh ambil manfaat.
Macam tajuknya, buku ini berkaitan dengan rezeki tapi bukan rezeki setakat wang ringgit sahaja, rezeki itu luas. Buku ini mendedahkan cara 'menjemput' rezeki. Selama ni mungkin kita sibuk 'mencari' rezeki, tapi sebenarnya 'menjemput' rezeki lebih mudah dan murah berbanding 'mencari' rezeki, jika tahu dan kena caranya. Yang penting ikhlas & istiqamah. Insya Allah, rezeki sendiri yang datang kepada kita. 
Antara kata-kata yang menarik perhatian MPA daripada buku ini ialah :
"Tidak pernah rezeki itu terlewat atau terlambat menemui tuannya"
"Tidak perlulah kita bersangka buruk kepada sesiapa apabila rezeki kita menjadi sempit atau berasa hebat apabila rezeki melimpah ruah"
"Orang beriman itu, sikapnya seperti ikan. Walaupun berenang di lautan, isinya tetap tidak berubah menjadi masin"

Banyak lagi sebenarnya tapi itu sebahagian la yer. Mungkin ramai yang dah tau caranya tapi kadang ni kita terlupa. Sekurangnya, melalui buku ini, mengingatkan kita mana-mana yang terlupa disamping menambahkan pengetahuan kita bagi mana-mana yang kita baru je tau. Kan untung tu.

Wallahua'lam