Hari Raya, Anak Kecil dan Vaksin
Alhamdulillah
Mesej ni MPA dapat daripada grup Whatsapp yang MPA join. Mesejnya begini :
✨Hari raya, anak kecil & vaksin✨
Pertama sekali saya ingin mengucapkan takziah kepada ibu muda ini yang kehilangan anaknya yg berusia 59 hari, akibat #pertussis yang dijangkiti dari orang lain yang tidak divaksin . Semoga ALLAH mengurniakan syurga buat kalian sekeluarga atas ujian ini
Sempena hari raya yang bakal menjelang & kemunculan wabak #diphteria, #pertussis & #measles akibat golongan antivaksin, saya ingin berkongsi sedikit pesanan
✨Buat ibu bapa bayi kecil kurang dari setahun terutama kurang dari 2 bulan
✅ 1) berpantanglah di rumah , tak perlu keluar beraya & had kan pengunjung . Kita tidak tahu siapa pembawa kuman , anak siapa tidak divaksin dan tetamu itu sudah ke berapa banyak tempat lain dan terdedah kepada orang ramai .
Jika ada tetamu, mohon cuci tangan jika mahu memegang bayi anda & sebaiknya tetamu tidak perlu menyentuh bayi apatah lagi menciumnya . Cukup dengan melihat & membacakan doa
Tidak mengapa dilabel "paranoid" , anak kita , amanah kita, tanggungjawab kita
✅ 2) VAKSINKAN anak anda mengikut jadual & niatkan ini utk kebaikan anak anda & anak orang lain, semoga Allah terima sebagai satu kebajikan
✅ 3) Elakkan tempat yang sesak seperti open house.
✅ 4) Jika kampung anda kawasan endemik seperti melaka & kedah, elakkan pulang ke kampung seperti hadis Rasulullah s.a.w :
Abdul Rahman bin Auf pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya". (HR Muslim)
✨Bagi tetamu yang berhari raya
❎ Jangan cium/dukung/sentuh bayi yang baru lahir,atau mana-mana bayi tanpa Izin ibu bapanya .
❎ baca doa sebelum masuk rumah
❎ jangan berlama-lama berziarah terutama rumah Ibu dlm pantang
❎ jika anak-anak anda tidak divaksin dgn alasan "anda sayang anak anda", kami Ibu Bapa #provaksin juga sangat sayang anak-anak kami. Tolonglah jangan datang menziarahi kami yang ada anak kecil kurang dari setahun . Tolong hormati keputusan kami.
🌷 bertabahlah ibu-Ibu & bapa-bapa Anak kecil . Biar kita susah raya kali ini agar in shaa Allah kita dapat nikmati banyak lagi hari raya akan datang dengan anak kita yang tersayang
Allahu musta'an ❤️
Please share to save our children 😢
Sebelum tu, MPA minta maaf dulu jika ada yang terasa. Bukan niat MPA untuk buat mana-mana ibu bapa terasa tapi untuk kebaikan ibu bapa yang memiliki anak kecil.
Terpulang pada ibu bapa yang tidak memberikan anak vaksin tapi demi kebaikan bersama, lebih-lebih lagi sekarang tengah heboh diperkatakan tentang penyakit berkaitan dengan anak kecil, lebih baik berwaspada dan kita tidak tahu adakah kita pembawa kuman atau tidak, sebab kita tidak nampak pun kuman kan?
MPA sejujurnya mengaku agak takut untuk berhari raya tahun ni. Memang teruja dan seronok pada mulanya sebab pertama kali beraya dengan Ain. Tetapi dengan keadaan Ain yang baru sebulan lebih keluar wad dan masih dalam proses penyembuhan, membuatkan MPA agak seriau jugak nak beraya.
MPA rasa pendekatan yang terbaik adalah MPA hadkan perjalanan MPA. Maksudnya, untuk tahun ini, MPA tidak akan kerap menziarah untuk beraya. Jika ada yang datang menziarah, mungkin MPA akan hadkan diri MPA sendiri dan Ain untuk berjumpa tetamu.
Biarlah tetamu mengatakan MPA sombong, mentang-mentang ada anak kecil daripada Ain sakit sehingga terlantar di wad. Lagipun Ain anak solehah yang istimewa. Banyak perkara perlu diambil kira demi kesihatan Ain.
Kepada ibu bapa yang memiliki anak kecil, berhati-hati dan berwaspadalah selalu. Sentiasa ambil perhatian apa jua berkaitan anak terutamanya demam. Kenal pasti klinik mahupun hospital yang berdekatan jika balik beraya dalam tempoh masa yang panjang. Serta sentiasa memantau anak seperti siapa yang mendekati, memegang mahupun mencium anak untuk mengelak daripada perkara yang tidak diingini.
Anak kita, tanggungjawab dan amanah kita.
Wallahua'lam