Merancang sendiri
Alhamdulillah
Semalam MPA pergi checkup Ain di Klinik Kesihatan. Alhamdulillah, kira banyak jugalah berat Ain meningkat berbanding minggu lepas follow up checkup di HKL.
Panjng & ukur lilit kepala pulak banyak juga meningkat, bersesuaian dengn umur Ain. MPA memang risau dengan berat Ain sebab Ain ada masalah untuk berat badan naik. Bila banyak naik ni, lega rasanya. Mana taknya, umur Ain meningkat tetapi berat tak berapa sangat meningkatnya, macam berat budak baru lahir je. Ini lebih berpunca kepada masalah Ain yang pernh MPA ceritakan sebelum ini.
Bagi kes istimewa macam Ain ni, nurse memang pentingkan perancang keluarga. Bukan apa, takut ada rezeki adik kepada Ain pulak. Tapi kalau dah rezeki daripada Allah, MPA tak menolak. Mana nak handle adik Ain, mana nak handle Ain lagi. Buat masa ini memang MPA memang tak ambil apa-apa perancang keluarga. Bukan tak percaya, ianya lebih kepada nak merancang sendiri sebab masa lepas dapat Amir pun MPA nak rancang sendiri.
Bukan tak yakin dengan perubatan moden ni, tapi MPA rasa lebih baik rancang sendiri sebab MPA ni ada masalah elergi pada ubat, terutama ubat tahan sakit. Kalau tersalah makan, alamatnya mata boleh bengkak dan ada rupa macam alien. Tu yang tak berani tu. Lagipun mak pun cadangkan takyah ambil.
Kepada yang ambil tu, jangan terasa pula dengan MPA ya. Lain orang lain caranya dan setiap orang biologi badan tak sama walaupun pada asasnya memanglah sama.
Merancang, merancang juga. Tapi jangan stress ya. Kalau ada rezeki Allah, jangan menolak tapi bersyukurlah sebab tak semua orang ada rezeki macam kita. Andai rezeki tu tak kunjung tiba pula, mintalah padaNya dan anggaplah ianya perkara yang terbaik buat kita. Insya Allah.
Wallahua'lam