Beraya di sini kita
Alhamdulillah
Orang lain semua dah lama up cerita pasal raya. MPA baru nak up cerita pasal raya. Harap belum terlambat lagi la ye.
Raya tahun ni memang tak terjangka dan betul-betul kejadian. Siapa yang perasan, MPA pernah up di WW - Beraya di sini kita pada Rabu minggu lepas. Minta maaf MPA tak dapat nak bercerita beberapa hari selepas itu lebih lanjut sebab saving bateri handphone. Up story melalui telefon je, itu yang jimat cermat tu. Takut-takut ada yang lebih penting memerlukan.
Alkisahnya, dari raya pertama lagi Ain dah mula batuk-batuk. MPA syak jangkit daripada Amir sebab Amir dah mula batuk dan selsema sebelum tu. Ubat semua dah diberi untuk pencegahan, tapi dah tertulis untuk Ain dan MPA beraya di Hospital. Jadi, raya ke-2 petang, MPA bergegas ke Hospital Teluk Intan sebab Ain dah mula batuk-batuk makin kerap dan muntah. Itu yang buat MPA susah hati.
Alhamdulillah, pengurusan Hospital Teluk Intan diakui cekap dan pantas. Mula dari bahagian Kecemasan, Ain dah dibawa ke bahagian zon kuning, zon separa kritikal. Nebulizer dah diambil 2 kali dan bila keadaan Ain agak stabil, mereka minta MPA dan Ain duduk di wad untuk pemantauan lanjut.
Sampai sahaja di wad, doktor di wad kanak-kanak pantau kadar SpO2 Ain dan didapati rendah, dalam 85% saja. Kadar Pulse Rate Ain pulak dalam 200++, agak tinggi untuk bayi 8 bulan dan kecik macam Ain. Bila kadar SpO2 makin rendah sehingga 83%, doktor tak tunggu dah, terus minta MPA & Ain pindah masuk ke Bilik Separa Kritikal. Maka, berkampunglah MPA & Ain kat situ selama seminggu.
Alhamdulillah, seminggu beraya di hospital, ada juga nurse dan ibubapa yang berkampung sama sudi menghulurkan duit raya untuk Ain. Wad kanak-kanak Hospital Teluk Intan memang tak ramai kanak-kanak yang ada. Asal MPA nak pergi tandas ke, MPA boleh kira berapa kerat je yang ada. Mungkin musim raya kot, orang kurang nak beraya kat hospital, tak macam MPA ni. Haha
Alhamdulillah, doktor dan nurse di sini memang layan dengan baik sangat. Pesakit tak ramai, dorang dah bole ingat dah nama pesakit, walaupun Ain ni pertama kali ke sini. Walaupun proses discaj memakan masa yang agak lama, disebabkan doktor perlu sediakan surat pemberitahuan kepada doktor HKL tentang kemasukan Ain ke Hospital Teluk Intan (Ain kan ada kes di HKL), jadi MPA & suami mestilah bersabar. Yang penting dapat discaj. Yahoo!!
Wallahua'lam