Tuesday, August 02, 2016

Bila pandai berselfie

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png

Alhamdulillah

Suatu masa dulu, kalau nak ambil gambar Amir, memang payah. Kena ambil gambar curi-curi. Kalau dah nama gambar curi tu, ikut nasib la kan. Kalau rezeki ok, ok la jawabnya. Kalau tidak, sabar aje la.
MPA suka ambil gambar anak-anak dari masa mereka kecil. Sebab MPA confirm rindu dengan keletah dan gelagat mereka satu hari nanti. Rasanya bukan MPA saja, ramai ibubapa macam MPA juga. 
Semenjak MPA install Camera 360 di telefon MPA, macam-macam gambar & memek muka Amir buat dan selfie sendiri.
Tengokla hasil kreativiti anak bujang MPA ni.
Sebenarnya, bukan setakat muka dia je, muka MPA, suami MPA, pakcik makcik dia, malahan atok nenek dia pun tak terkecuali. Gemar betul dengan aplikasi Camera 360 ni.
Geli hati memang geli hati. Tapi had perlu diletakkan supaya tidak terlalu leka dengan gadget. Sebelum MPA benarkan Amir untuk mengambil gambar, MPA tutup dulu sambungan internet ke telefon sebab selepas kita ambil gambar atau video menggunakan aplikasi Camera 360 ni, kita boleh terus share ke aplikasi instagram, facebook, twitter dan pelbagai media sosial lagi. MPA perlu tutup sambungan internet supaya manala tau, Amir terambil gambar MPA dan ahli keluarga MPA yang tidak menutup aurat dan kurang sesuai untuk pandangan umum, kan susah nanti tu. 

Aplikasi Camera 360 ini banyak filter tambahan yang boleh membuatkan gambar yang kita ambil seakan menggunakan kamera kompak atau DSLR. Bagi mereka-mereka yang kurang pakar dalam penggambilan gambar, jika bijak menggunakan dan memilih pilihan yang baik, insya Allah gambar yang diambil seakan gambar yang diambil oleh mereka yang pakar. MPA pernah cuba beberapa aplikasi kamera yang lain untuk telefon MPA, tetap aplikasi Camera 360 yang memuaskan hati MPA.

Aplikasi apa yang sahabat-sahabat MPA suka guna dalam pengambilan gambar?
Jom kongsi dengan MPA.

Wallahua'lam