Thursday, August 04, 2016

Doa dan Usaha

Bismmillahir Rahmaanir Rahim photo vectorbismillahpink2.png
Alhamdulillah
DOA DAN USAHA

Terdapat perbezaan yang besar antara berdoa dan berusaha untuk mencapai apa yang dihajati dengan berdoa sahaja dan berharap ianya akan terjadi dengan sendiri. Itu sebabnya adanya formula berkaitan dengan DOA dan USAHA ini iaitu :

Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal = D.U.I.T

Bila adanya kesemua diatas, insya Allah, segala yang diimpikan akan tercapai. Tapi yang penting sentiasa bersangka baik dengan Allah. Jika telah berusaha segala daya tapi tidak dapat seperti apa yang dihajati, periksa diri dan amal perbuatan kita. Mungkin ada cacat celanya di mana-mana. Jika semuanya telah dilakukan tetapi keadaan masih juga sama, anggaplah ianya adalah perkara yang terbaik buat kita. Ada juga beberapa perkara yang Allah simpan dan tidak diberikan kepada kita kerana Allah Maha Mengetahui perkara yang terbaik buat hambaNya. Bersangka baik dan serahkanlah segalanya kepada-Nya. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan redha Allah, insya Allah.

Wallahua'lam