Sunday, September 25, 2016

Check-in rumah kedua

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Alhamdulillah

Untuk kesekian kalinya, puteri MPA, Ain Humaira dimasukkan ke hospital semula.


Sekarang, hospital dah jadi rumah kedua kami. Kali ini, kami 'check-in' di Hospital Kajang. Selalunya Hospital Kuala Lumpur. Kali ini, ubah angin sikit. Hihi

Sebenarnya, bukan ubah angin. Pada hari kejadian, Ain mengalami batuk dan muntah-muntah. Bukan setakat itu saja, Ain mengalami kebiruan di mulut, tangan dan kaki. Tanpa membuang masa, MPA salin baju dan terus ke hospital.

Kedudukan daripada rumah MPA ke Hospital Kajang adalah lebih dekat ke Hospital Kuala Lumpur. Suami terus bawa ke sini. Tapi kalau ikutkan MPA, MPA lagi suka ke Hospital Kuala Lumpur sebab Ain dah ada rekod dari sejak hari ke-2 dia lahir. Kalau hospital lain ni, MPA kena cerita al-kisah Ain daripada sejak kes pembedahan pada hari ke-2 lahir sehinggalah sekarang. Ini termasuk cerita-cerita Ain setiap kali masuk ke hospital sebelum ini.

Letih tu asyik nak cerita je dari mula. Kadang tu, bila rasa malas nak cerita, belum sempat doktor nak tanya banyak-banyak, MPA terus bagitau yang Ain ada buku yang catatkan perihal kesihatan dia. Doktor akan ambil dan baca butir-butirnya. Lega sikit rasanya.


Kali ini kami 'check-in' untuk kali ke-5, untuk sama kes dengan sebelum ini. Kalau bahasa doktor tu, 'another series of aspiration pneumonia'. Kalau ada doktor kat sini, boleh la bantu terangkan dengan lebih lanjut.

Walau apapun, MPA berharap anak soleheh MPA dapat kembali sihat dan ceria seperti kanak-kanak yang seusia dengannya. Mohon sahabat-sahabat MPA mendoakan kesihatan anak solehah MPA ya. Semoga doa kalian dimakbulkan Allah dan mendapat ganjaran yang setimpal daripadaNya. Insya Allah.

Wallahua'lam
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png