Friday, September 30, 2016

It's already 1 month

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png








Alhamdulillah
Bertemu kita lagi di hari Jumaat, penghulu segala hari. Insya Allah, hari ini merupakan hari terakhir di bulan September. Ini bermaksud sebulan jugalah MPA bergelar surirumah sepenuh masa.

Sejujurnya, bila kita dah terbiasa dengan kerja-kerja pejabat seharian, tiba-tiba bertukar karier menjadi surirumah sepenuh masa, memang agak kekok pada mulanya. Pada pendapat MPA, pengurusan masa memang paling penting. Pada mulanya memang MPA kelam kabut. Pada awal bulan haritu, ibubapa dan adik beradik MPA ada untuk membantu. Dalam pertengahan bulan, MPA perlu menguruskan sendiri. Fuh, banyak yang terlepas pandang jadinya. Lebih-lebih lagi Ain ada jadual penyusuan dan pemberian ubat tersendiri yang perlu MPA patuh demi kesihatan Ain. Tambahan pula, Amir juga memerlukan perhatian MPA, almaklum sebelum adanya Ain perhatian penuh kepada dia. Ada juga sedikit rasa cemburu pada Amir.

Keadaan menjadi agak lebih kelam-kabut apabila Ain dimasukkan ke wad baru-baru ini. Terpaksalah suami MPA mengambil cuti tanpa gaji untuk menguruskan Amir. Alhamdulillah, Ain ditahan di wad tidak lama, iaitu 5 hari sahaja. 

Antara tips yang boleh MPA kongsikan berdasarkan pengalaman MPA selama sebulan ini untuk para ibu yang bakal bertukar status daripada bekerjaya kepada surirumah seperti MPA ialah :

1. Bangun seawal pagi untuk menguruskan rumah seperti menyapu rumah, menyiram pokok bunga dan memasak. Bila segalanya telah siap, tidaklah nanti kelam-kabut apabila anak-anak sudah bangun daripada tidur.

2. Sekiranya anak-anak ada jadual tertentu seperti jadual penyusuan dan pemberian ubat, senaraikan dan susun masa sebaiknya supaya tidak tertinggal dan terlupa nanti.

3. Flexible dengan jadual yang dibuat. Kadangkala ada beberapa perkara yang memerlukan perhatian kita yang lebih menyebabkan jadual yang disusun tidak dapat dipatuhi sebaiknya.

4. Cuba untuk meminta bantuan orang lain sekiranya perlu, tetapi janganlah terus bergantung harap pada orang. Cuba cari solusi untuk selesaikan masalah supaya kita tidak sampai membebankan orang lain dan juga diri kita sendiri.

5. Berfikiran positif, sabar dan sentiasa bersangka baik atas segala yang terjadi. Mohon kepada Allah agar segalanya dipermudahkan buat kita. Sekurangnya kita tidaklah stress dengan keadaan yang terjadi.

Ini tips yang boleh MPA kongsikan kepada semua. MPA percaya ada lagi tips-tips yang MPA terlepas pandang yang boleh kiranya sahabat-sahabat MPA kongsikan dengan MPA dan sahabat-sahabat yang lain. Sharing is caring kan?

Wallahua'lam

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png