Saturday, October 15, 2016

Happy 1st birthday my little princess

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah

Rabu lepas (12.10.2016) genap setahun umur puteri MPA, Ain Humaira. Pejam celik, pejam celik, sekejap sahaja dah satu tahun. Walaupun begitu banyak perkara turun naik dalam masa satu tahun ini, Alhamdulillah Ain cukup kuat untuk mengharunginya.

MPA masih ingat lagi, hari ini (hari ke-3 selepas melahirkan Ain) merupakan hari pertama MPA bersua muka dengan Ain. Itupun hanya dapat melihat tanpa boleh menyentuh Ain. Berderai juga air mata pertama kali bertemu Ain di dalam kotak kaca dengan wayar berselirat di tubuhnya dan ada jarum di tangannya. Waktu itu, MPA serahkan segalanya kepada Allah. 

Lebih kurang hampir satu bulan setengah juga MPA mengulang daripada rumah ke hospital untuk berjumpa dan menemani Ain sehinggakan nurse dan doktor sudah cam sangat MPA dan suami waktu itu. Penjagaan dalam pantang memang agak terabai, hanya bila MPA ada di rumah iaitu malam hari dan hujung minggu. Selebihnya memang di hospital. MPA hanya berurut setelah Ain keluar daripada hospital, itupun setelah habis tempoh MPA berpantang. 

Selepas itu, pada sahabat yang mengikuti perkembangan blog ini, terdapat beberapa siri kemasukan wad oleh Ain dalam masa satu tahun ini. Untuk jangka masa satu tahun ini, sebanyak 5 kali Ain masuk ke wad. Satu nombor yang agak besar tapi MPA dapati Ain kuat dan tabah mengharunginya. Teringat MPA kata-kata jururawat yang merawat Ain satu masa dahulu di Wad KK9, Hospital Kuala Lumpur iaitu bayi yang ditempatkan disitu sememangnya kuat dan tabah.
Pengajaran yang paling penting MPA terima adalah kuatkan semangat, banyakkan bersabar dan letakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Insya Allah, perancangan Allah itu indah dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Setiap apa yang berlaku adalah ujian dan ada hikmahnya tersendiri.
Buat Ain Humaira, anak mama; mama doakan semoga Ain menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat. Semoga Ain terus kuat, sabar dan tabah menghadapi apa jua dugaan, rintangan, ujian dan halangan yang mendatang. Mama juga mendoakan agar Ain diberikan kesihatan dan memiliki perkembangan fizikal, mental dan emosi yang baik sebagaimana anak-anak seusia dengan Ain. Semoga rahmat dan keberkatan Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup anak-anak mama, Amir dan Ain. Insya Allah, aamiin
Wallahua'lam
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png